nuffnang

Tip Of Borneo


Masih banyak lagi kawasandi Kundasang yang belum di jelajahi namun lantaran kesuntukan masa kami perlu meninggalkan pekan Kundasang yang nyaman ini. Setelah bersarapan kami bergerak menghala ke Kota Belud. Perjalanan menuruni bukit adalah selesa. Sebelum sampai ke Tamparuli, kami membelok kekanan menghala ke Kota Belud. Di sepanjang perjalanan ini kami amat teruja dengan pemandangan yang amat indah. Sungai yang di temui amat jernih dan nyaman. Masih tiada tanda-tanda pencemaran.

Kami tiba di Kota Belud dalam jam 11 pagi. Tempat tujuan utama adalah kawasan tamu Kota Belud yang terkena. Namun pesta tamu yang besar dan masyhur itu tidak ada pada masa kunjungan kami. Apa yang ada hanya pasar minggu sebagaimana yang terdapat diTemerloh.



Setelah berada di sini lebih kurang 1 jam lebih, kami bergerak menuju ke Kudat. Jarak perjalanan dalam lingkungan 90Km. Silap percaturan telah menyebabka kami panik seketika. Kami tidak mengisi minyak kereta di Kota Belud. Meter minyak mula berkelip menandakan minyak semakin kurang. Alhamdulillah kami sempat tiba di Kota Marudu dan mengisi minyak dan terpaksa menambah perjalanan sejauh 20Km lagi!!

Kami tiba dikawasan yang di berikan gelaran Tip of Borneo dalam pukul 2ptg.  Segala puji bagi allah yang memberikan kami melihat kebesaranya, pandangan di sini amat indah, laut yang cantik dengan kesan hakisan ombak yang membentuk landskap yang menakjubkan! hilang segala penat memandu dan stress yang di alami untuk tiba kesini!!



Keasyikan pemandangan membuatkan kami tidak sedar masa berlalu dengan pantas. Kami perlu balik ke kota Kinabalu pada petang ini juga danperjalanan lebih dari 150km perlu diharungi.

Interesting places in Kundasang.

3hb. Dec.2010.
Anak-anak dikejutkan awal untuk solat subuh dan keluar dari Resort ini untuk mengambil gambar pemandangan indah berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Kami bergerak ke kawasan Rose Cabin kerana 5 tahun dahulu ketika kami ke sini, kawasan ini mempunyai pemandangan yang amat cantik.kami kecewa kerana kawasan ini kelihatan tidak terurus. Kami meneruskan perjalanan ke Pekan Kundasang untuk mencari sarapan. Selepas itu kami kembali ke bilik untuk bersiap ke destinasi berikutnya.
9.30 a.m : kami meneruskan perjalanan ke Luanti. Maklumat yang diterima di sini kami boleh bermain-main dengan ikan yang besar sambil badan diurut. Dalam pencarian ke tempat ini kami ternampak kawasan ladang Sabah tea.Kami singgah di ladang ini sebentar dan berkesempatan menikmati keenakkan tea nya yang sedap dan segar. harganya amat berpatutan iaitu RM6 untuk seteko kecil yang cukup untuk 5/6 orang.


Tagal Luanti tu hanya terletak lbh kurang 50m dari ladang tersebut. kami perlu membayar tiket berharga RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak2 hanya untuk merendamkan kaki untuk diurut seperti 'fish spa' selama 15minit. Ikan-ikan di sini banyak yang besar dan sepanjang lebih kurang 1 kaki. Sebaik kaki direndam ke dalam sungai, ikan-ikan tersebut datang mengerumuni kaki sambil menggigit-gigit sel-sel mati yang ada di kaki.disebabkan ikan-ikan ini agak besar, gigitannya memeritkan. Namun pengalaman ini sangat menyeronokkan.


Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Poring's Hot Spring. Sesampainya di sana, hujan panas turun. Kami berehat sebentar di dalam kereta sehingga hujan reda. Kami bernasib baik kerana lawatan kami kali ini bertepatan dengan Ekspo Biodiversiti Negeri sabah, maka semua tempat lawatan di lawati percuma. Selepas makan tengahari, suami dan anak2 lelaki pergi menaiki canopy walk, manakala aku dan alin menunggu di bawah sambil alin berendam di dalam kolam2 yang disediakan.

Anak-anak mengambil peluang untuk berendam di dalam pool yang ada di sekitar tempat ini. Kami berhenti sembahyang zohor di masjid Kg. Lohan. selepas solat, suami ku bertemu dengan orang Temerluh yang datang ke sana untuk menghadiri kenduri kahwin saudara sebelah isterinya. En. Rozimi bekerja di Mentakab.  Kecil juga dunia ni rupanya.
Disebabkan masa masih awal, iaitu 4. p,m. kami meneruskan perjalanan ke Kinabalu Park. sesampainya di sana, kami terus memandu ke kawasan Timpohon Gate, iaitu kawasan bagi pendaki2 memulakan pendakian mereka. 20 tahun dahulu aku ke sini untuk menjadi salah seorang pendaki gunung yang tertinggi di Asia Tenggara ini. Malangnya gate untuk turun ke bawah telah ditutup dan penjaga gate sedang menunggu pendaki terakhir (pada hari itu)untuk keluar. kami sempat bersembang dengannya dan dimaklumkan bahawa kos untuk guide dan tempat tinggal di Laban rata sudah naik berkali-kali ganda berbanding 20 tahun dahulu. Akhirnya, pendaki terakhir pun sampai diiringi oleh guidenya. Pendaki terakhir yang keluar pada hari tersebut seorang wanita Holland berusia 60 tahun. Beliau ketawa riang apabila kami memberikan tabik hormat kepadanya kerana kegigihannya untuk mendaki pada usia tersebut. Sedangkan rata2nya orang Malaysia hanya duduk menjaga cucu @ kucing pada usia tersebut.


Akhirnya kami turun semula ke pekan Kundasang dan mencari restoran untuk makan malam. hari telah gelap walaupun baru pukul 6 petang. selepas makan kami kembali ke resort, mandi, solat dan berehat.
Perjalanan akan diteruskan esok!!

Labuan Kota Kinabalu

Rancangan untuk memandu dari Labuan ke KKtidak kesampaian kerana feri yang boleh membawa kereta telah penuh walaupun telah di letak dalam senarai menunggu sejak 3 hari yang lalu. Kami mengambil keputusan untuk menaiki boat express dari Labuan ke KK. Perjalanan mengambil masa selama hampir 3 jam. Pemgalaman menaiki boat ini amat mencabar, 2 anak bujang dan saya sendiri tewas oleh alunan ombak dan dapatlah mabuk free!!! Anak bujang kami dah taubat tak nak naik boat tu lagi!! abis tu macamana nak balik semula ke labuan nanti??  Sekarang ni masih terasa alunan ombak walaupun dah 10 jam berlalu!

Di KK kami menyewa sebuah kereta dengan harga yang amat berpatutan (terima kasih kepada En. Masah Abu Mansor yang telah menguruskannya!!). dari KK kami memandu ke Kundasangyang merupakan destinasi utama. Kami menginap di Seri Intan Resort Kundasang. Besok kami akan meneruskan lawatan yang di rancang!!




Labuan Wilayah Persekutuan.

Cuti sekolah tiba lagi, sepertimana pada tahun-tahun yang lalu kami menjalankan program lawatan bersama keluarga. Pada tahun ini kami mengikuti lawatan anjuran adik bongsu kami ke Labuan untuk menziarah seorang lagi adik perempuan yang menetap disana.

Dihari kedua, mereka merancang untuk ke Berunai DS manakala kami merancang untuk keKota kinabalu, Kundasang dan Kota Belud dengan memandu melalui laluan Labuan Menunbuk. Jika kami tidak dapat menaiki feri menumbuk, plan alternatif perlu di buat!!

Tinggal Kenangan!

Hari ini genap 32 tahun ayah pergi mengadap ilahi. Dia di jemput oleh penciptanya dalam usia yang muda 40thn. Ketika itu adik bongsu saya hanya berusia 9thn dan saya sendiri masih belum mendapat result SRP (setara PMR).


masih jelas dalam ingatan ayah menghembus nafas terakhir sebelum subuh dihari ini 32 tahun yang lalu. Sepanjang waktu ini kami menempuh pelbagai cabaran sebagai orang yang  
tidak bekemampuan untuk meneruskan hidup. Kegetiran itu amat terasa terutama oleh adik-adik perempuan yang masih kecil sehinggakan parut-parut kenangan masih jelas hingga kini.Walaupun demikian allah telah mengurniakan rahmatnya kepada kami dan kami amat bersyukur






. Alfatihah untuk Abah, semuga allah mengurniakan rahmatNya sebagaimana rahmat yang dikurniakan kepada orang-orang soleh yang terdahulu dari mu!! Alfatihah!!



Pergi yang tak kan kembali.....

Esok, 4 Ramadhan, genaplah setahun abah meninggalkan aku kembali menghadap Illahi. Walau pun sudah setahun, namun rasanya baru semalam abah meninggalkan kami 10 beradik menjadi anak yatim. Walau pun kami dah besar panjang dan beranak pinak, namun pemergian abah tetap dirasai. Rasanya belum cukup aku bayar segala kasih sayang dan pengorbanan abah terhadap ku.

Tiada lagi yang boleh ku buat untuk abah kecuali doa-doa dari ku agar rohnya dipelihara allah dan ditempatkan bersama para aulia di syurga. Tiada lagi peruntukan untuk membeli baju baru untuknya sempena menyambut syawal. Hanya kiriman ayat-ayat suci sahaja mampu ku berikan kepadanya.

Amat sedih dan pilu hatiku setiap kali aku mengingati arwah abah. Rasanya terlalu singkat waktu aku bersamanya. Namun inilah takdir illahi yang ku terima dengan redha.

Al-fatihah untuk arwah abah.

Happy Birthday Adam


Hari ini genaplah usia Anakku Adam 7 tahun..Dah besar dah anak mama ni. Adam anak yang sangat menjaga kemachoan nya..sentiasa nak kelihatan Smart dan handsome. Semoga Adam berjaya dalam hidup dan gembira. Mama dan abah harap adam akan dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan pertengahan tahun ini.

kakak dan abang ngah sempat balik untuk sama-sama meraikan ulangtahun kelahiran adam. Doa selamat telah di bacakan oleh bangah, semuga semua ahli keluarga kita diberkati oleh yang maha Esa, amin.

mencari pembunuh!

Tengahari tadi kena hantar anak mencari pembunuh.Pejabat pembunuh ni dibuka dari pukul 8am sehingga 3.30pm. walaupun demikian pejabat tu di tutup dari jam 1pm to 2pm. Kami sampai jam 1.20pm maka kenalah tunggu sampai jam 2pm. Sewaktu berurusan, terdengar perbualan para pencari pembunuh yang lain. " Tuan, setem saya dah dibunuh di tempat lain, kat persuruhjaya sumpah! boleh ke?"

Jawab " Tak boleh, hanya boleh dibunuh disini!"

Tanya "Habis tu macamana dengan setem saya yang telah mati ni?"

Jawab "mati katak le! pergi beli setem lain dan bunuh kat sini, isi borang dulu!"

Setelah matinya setem tu, barulah selesai dokumen tu. Yang agak terkilan, masa berurusan selepas waktu makan amat pendek.

Kalau sesiapa nak bunuh setem,hanya boleh dilakukan di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri sahaja!
Kalau tak setem tu akan mati katak aje!

Jitra, Kedah

Hari ini, Khamis 6 mei, saya ke Jitra Kedah, tentunya didalam Malaysia kerana saya tak perlu mengisi borang pas lawatan sosial. DEngan bantuan seorang kawan lama, Saliman budak melaka, saya dapat bergerak ke Baandar Darulaman untuk makan malam. Seorang kawan yang lain hanya dapat meminjamkan keretanya selepas jam 9 malam.

Terimakasih atas bantuan kekawan semua, semuaga semuanya dirahmati allah dan dimurahkan rezeki!!

Kucing tu Di Malaysia ke?

Telah lama blog ni tidak di "update" kan. Mac dan april tiada sebarang posting, tetapi bukan bermakna tiada sebarang aktiviti cuma kekangan masa dan idea untuk ditulis kedalam diari maya.

Di awal cuti hari buruh (1 mei) kami sekeluarga membuat kunjungan ke Kucing Sarawak. Saya harap dapat menulis dengan lebih panjang tentang Kucing dimasa yang lain.

Setiba di Lapangan terbang antarabangsa Kucing, sewaktu keluar melalui kaunter imegresen kami dikehendaki mengisi pas laawatan sosial. (adakah ini sama seperti VOA?) Kami diingatkan agar menyimpan borang tersebut dengan baik agar tidak ada masaalah untuk pulang nanti.

Anak saya yang baru lepas SPM tanya, "abah, kenapa kita kena isi borang cam tu? masa gi tempat lain xde pula nak isi borang cam tu?" Saya jawab, " Kucing bukan malaysia, sebab tu kena isi borang lawatan sosial, so be happy sebab kita dak keluar negara tanpa perlu pasport!"

Di Kucing nampak ramai juga muka ala-ala bangla!! adakah kami seprti mereka perlu mengisis borang lawatan sosial??

Early Birthday Wish..

5 hari lagi, abang (my hubby) akan menyambut ulangtahunnya yang ke....(rahsia). Walau pun masih awal, tapi aku nak jadi orang paling awal ucapkan "Selamat Menyambut Hari Lahir" kepadanya, sebab aku sayang sangat kat dia. Dialah kekasih dan teman ku sejak 20tahun +++ dulu. Lamakan. Termasuk waktu berkenalanlah tu, kahwin baru nak masuk 19 tahun je. Aku adalah orang yang sangat mengingati tarikh2 penting untuk dia..tapi dia tak taulah, mungkin tak berapa ingat kot.

Untuk tahun ni aku buntu apakah hadiah nak ku bagi pada dia sebab aku dah banyak sangat bagi hadiah kat dia dalam kemampuan poket akulah. Bila dibuat check list hampir semua yang dipakai dek lelaki telah kuberi kecuali V (the blue pill )..He..he tak perlu ok. The latest gift from me is TIMEX watch. Dah berhari-hari aku pikir apa nak ku hadiahkan kepadanya...agak-agaknya dia buat benda yang sama tak untuk bday aku nanti. Mesti tak sebab selalunya aku tak dapat apa2 pun kecuali wish and cake. (READ : selalunya bukan tak pernah ok )

Apa hadiahnya nantilah akan kufikirkan bersama anak-anakku..yang kecil2 tu dah over excited membuat kad untuk abahnya. May be kami akan buat majlis keluarga bagi meraikan alin dan abahnya sebab masa bday alin dulu tak sempat buat majlis.

Sabau..tunggu.

BAHASA OH BAHASA

Wahhh, semua olang manyak sibuk mau malik kampung ho...gua pun mau balik kampung maaa..tapi gua punya cuti talak panjang sebab itu gua punya anak punya cuti talak panjang maa...
MALAYSIA telah pun merdeka melebihi separuh abad. namun begitu, dialek "melacin" (melayu + cina) seperti di atas masih lagi kedengaran. Terutamanya bagi masyarakat cina yang tinggal di kawasan penempatan yang tidak pelbagai bangsa. Agak tidak menghairankan jika kita mendengar bahasa ini dari apek2 atau ahsoh yang telah berusia 80 tahun ke atas, tetapi bagi anak-anak muda yang telah pun mendapat pendidikan di sekolah formal dan bahasa malaysia telah dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan menggunakan bahasa seperti di atas amatlah tidak patut..malah sepatutnya mereka perlu dihukum.
Dengan keadaan sistem pendidikan di negara kita yang semakin kelam kabut, caca merba dan kehilangan hala tuju ini, tidak hairanlah "manglish" akan diangkat sebagai bahasa rasmi penduduk malaysia pula.Di manakah silapnya?? Cuba tanya ibu bapa sekarang ini adakah mereka malu jika anak2 tidak lagi fasih berbahasa melayu...Jawapannya pasti tidak. Tetapi jika anak-anak mereka tidak tahu berbahasa inggeris mereka akan jadi trauma dan sanggup mengambil langkah-langkah yang eksterim untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Marilah kita sama2 berdoa agar bahasa melayu tidak hilang dan lenyap bersama hang tuah. Contohilah warga indonesia, kemana sahaja mereka pergi bahasa indonesia mereka tetap pekat dan likat.

Hari Bahagia.



Minggu lepas, sepupu saya melangsungkan perkhawinan. Majlis di rumah pengantin perempuan di buat di Taman Seri Rampai KL. Minggu ini, 6hb February majlis menyambut menantu di adakan dirumah pengantin lelaki di Batu Berendam, Melaka. Kami mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk meraikan majlis bahagia mereka.




Kami hanya sampai di rumah pengantin dalam pukul 3.30 petang dan pada waktu itu ramai tetamu mula meninggalkan majlis. Sekumpulan "superbikes rider" menjadi tumpuan para tetamu.




Di melaka, kami menginap di Seri Malaysia n Ghafur kerana menyelaraskan tempahan last minute kami. (En Ghafur adalah kenalan lama semasa beliau bertugas di Bdr Seri Putra, Bangi, yang kini bertugas dengan Hotel Seri Malaysia Melaka)


Hotel ini amat selesa untuk kami dan kini mereka menyediakan "live musik" kat lobby dari tiupan saksapon secara solo. Disamping ittu, kemudahan Wi Fi juga disediakan tetapi tidak dapat di nikmati dari bilik penginapan. Surfing area hanya di kawasan lobby sahaja. Seperti biasa, anak-anak akan berendam di kolam mandi.



Cadangan untuk makan makanan laut kat upulau duyung tak kesampaian, jadi hanya makan kat gerai biasa jelah!! tapi ok juga, licin semua makanan!!

Dongeng Si pari-pari

Adam sudah hampir berusia 7 tahun, pada usia begini kebanyakkan kanak-kanak akan mula kehilangan gigi susunya. Begitu juga adam. 2 minggu lepas 2 batang gigi hadapan bahagian bawah mulai goyang. Tiba-tiba ketika begitu enak menikmati keenakkan roti john adam perasan giginya telah hilang sebatang, puas dicari tidak dijumpai. Andaian kami adam telah tertelan giginya bersama roti john. Adam rasa sedih, kerana katanya, dia tak dapat meletakkan giginya yang tertanggal supaya bolehlah pari-pari gigi ( tooth fairy) datang mengambil giginya dan menggantikannya dengan duit.
Yang kelakarnya dimanakah anak yang mendapat pendidikan di TADIKA PASTI ini mendapat versi cerita dongeng ini. Aku ketawa sendirian bila mendengar kedua beradik (adam & alin) berbincang tentang dongeng ini. Yang pastinya aku tidak pernah bercerita pasal ini kepada mereka dan tidak tahu apakah kesudahan dongeng ini.

2 minggu kemudian, gigi adam yang sebatang lagi menjadi sangat goyah, jadi seperti biasa mamanya ini bertindak sebagai dentist tak bertauliah dan mencabutnya menggunakan tangan dan tisu (anda berani berbuat begini????) ini adalah langkah penjimatan belanja. ( Bil dentist mahal tuuuu). Adam sangat excited dan membungkus giginya dan meletakkannya di bawah bantal dan berharap agar tooth fairy datang dan mengambil giginya itu...endingnya lupalak aku nak tanya dan aku juga lupa nak tanya kemana gigi itu pergi, mungkin telah dibakulsampahkan apabila aku menyapu.

Jumaat lepas, kami ingin menonton filem adnan sempit di alamanda sebagai meraikan harijadi alin pada 30 Jan. Wah dah besar anak dara kecil ku ini, sekarang telah menginjak 9 tahun, Happy Birthday sayang. Malangnya begitu ramai orang nak menonton filem tersebut. Sesampainya kakak di kaunter tiket selepas beratur panjang, hanya tinggal seat yang terpisah sahaja. Jadi, kami terpaksa membuat pilihan untuk menonton filem The Tooth Fairy lakonan The Rock. Selain adam ingin menonton filem ini, mamanya juga begitu teruja untuk tahu apakah dongeng ini sebenarnya.

Kami mendapat seat paling hadapan. Kalau dulu harga tiketnya jauh lebih murah. Very interesting filem. Kami enjoy sesangat and gelak sampai habis. Malangnya tengkuk dan bahu sangat sakit kerana terpaksa mendongak. Pengajaran yang boleh diambil ialah. book tiket online dan jangan sesekali duduk kat seat paling hadapan.

PENYAKIT BARU

Sejak minggu lepas, aku telah diserang satu penyakit. Penyakit ini boleh menjadi mudarat yang besar andainya aku gagal mengawal penularannya. Aku kira penyakit ini sememangnya tidak pernah wujud dalam 10 atau 20 tahun yang lalu. Tetapi kini aku kira ianya telah menular dan virusnya merebak dengan pantas dan telah menjangkiti manusia di seluruh dunia tidak kira peringkat dunia.

Kalau dulu hanya orang-orang kaya sahaja yang dijangkiti penyakit ini, tetapi kini ianya boleh menjangkiti manusia samada mereka kaya atau pun miskin. Orang-orang kaya perlu membayar dengan harga yang agak mahal untuk membeli alat yang boleh menyebarkan virus ini kepada mereka, manakala yang miskin pula hanya perlu mendapatkan perkhidmatan untuk mendapatkan virus-virus ini yang telah disediakan di tempat-tempat khas milik kerajaan dan orang persendirian.

Ironinya, manusia sangat phobia mendengar perkataan virus atau penyakit tetapi bagi PENYAKIT BARU ini manusia sanggup belajar dan berusaha untuk dijangkiti. Malah ada yang sanggup mengambil kelas khas agar mereka tidak ketinggalan untuk dijangkiti. Dunia hari ini begitu skeptical, memandang dan melabel bahawa orang yang tidak mendapat penyakit ini adalah manusia kuno, lapuk dan ketinggalan zaman.

Pesakit bagi penyakit ini agak sukar sembuh apabila mereka telah dijangkiti. Dari hari ke hari, penyakit ini akan bertambah kronik kerana tarikan untuk mereka merasai kesakitan ini lebih kuat dari tarikan untuk menyembuhkannya. dari hari ke hari wujud
pelbagai versi penyakit ini, yang mana setiap satunya akan berlumba-lumba untuk memberkan lebih kesakitan kepada pesakitnya.

Awas, penyakit ini boleh mengkucar-kacirkan rumahtangga, boleh merosakkan institusi keluarga, sosial, mental dan spiritual. Malah yang lebih dahsyat lagi ia boleh merosakkan jiwa dan negara jika tidak dapat dikawal dengan baik....

Penyakit ini ada p elbagai nama seperti facebook, avatar, ym, you tube, chatting, surfing, internet, blogging dan lain2 yang seangkatan dengannya. Aku juga telah dijangkiti namun masih dalam had yang sangat terkawal..........

KELAM KABUT

21st January 2010 - This is the third week of school. Banyak perkara yang masih kelam kabut dalam hidup seharianku. Thanks God, kakak yang sedang bercuti sangat banyak membantu menguruskan adik-adik ke sekolah. Setakat ini aku telah bertukar jadual waktu dan waktu persekolahan juga telah diawalkan ke pukul 7.20 pagi. Ini bermakna aku mesti sampai ke sekolah sebelum 7.15pg. Gila betul, kadang kala waktu ni masih gelap lagi especially bila nak turun tangga.
Depan sekolah jalan jammed tak habis-habis. Dulu, aku cuma ambil masa 5 minit untuk sampai ke sekolah. Tahun ni terpaksa ambil masa 15 - 20 minit pulak untuk sampai. Macam-macam ragam manusia yang ada kat depan sekolah tu. panas baran, selfish, sombong, toya, skema dan sebagainya.
Masuk ke kelas pun dadaku jadi sesak. Bilangan murid yang terlalu ramai dalam satu kelas. Pertambahan murid tahun ni meningkat hampir 90%. Semua parents berebut nak hantar anak-anak ke sekolah baru, ada juga yang sanggup menipu alamat.
Hidup aku jadi kelam kabut. kadangkala hari selasa tertenggok jadual hari Isnin. Dah termiss kelas. Samada aku dah makin tua atau pun kerjaya ni semakin susah dan aku jadi keliru. Adakah aku masih cikgu atau apa, kerana kadangkala aku buat kerja kerani, tukang sapu, jururawat, pegawai banci, pegawai kebajikan masyarakat, supir, doktor, ahli psikitrik, operator hatta bibik sekali pun.
Ya allah, berikanlah aku kekuatan untuk aku meneruskan kerjaya ini sehingga ke usia 55. (Nasib baik sign for 55). Tunjukkanlah aku jalan yang lurus, berkatilah rezekiku. Dan janganlah kau biarkan aku terlalai dengan urusan dunia yang akan aku tinggalkan ini dan berikanlah aku kekuatan untuk mengumpul harta yang akan kubawa ke tempat abadi. Aminnnnn.....

Dari Tadika ke Sekolah Kebangsaan.



Walaupun telah 2 minggu bersekolah, entry tentang persekolahan ini tidaklah terlalu lewat. Anak bongsu kami memulakan persekolahan pada tahun ini. Alhamdulillah tiada masaalah kerana telah pun biasa ke tadika selama dua tahun.

Permulaan persekolahan ini telah mengembalikan kenangan lama sewaktu saya sendiri memasuki alam persekolahan. Pada ketika awal persekolahan saya, sekolah aliran inggeris menjadi pilihan sebilangan parents termasuklah ayah saya. Anak kampung bersekolah inggeris ! perh ! banyak masaalah. Sekolah amat jauh dari rumah dan perhubungan masih lagi primitif berbanding masakini. Di hari pertama pendaftaran ke sekolah saya dan dua orang kawan tidak ditemani oleh ahli keluarga tetapi hanya di hantar oleh pemandu bas sekolah bernama Ah Chat. Setelah hampir 2 minggu bersekolah barulah ayah saya datang untuk bayar yuran sekolah. Banyak jasa driver bas tu kat kami, bila bas rosak dan lambat sampai ke sekolah, dialah yang jumpa cikgu. Selepas dua tahun di sekolah ingeris tu, saya balik sekolah kat kampung sebab banyak masaalah. Walaupun begitu saya masih mengingati beberapa nama kawan-kawan dan cikgu semasa disekolah itu antaranya : Mubin (meninggal dunia, lemas di air terjun), azharudin (rumah dia tepi jalan dekat je dgn sekolah, masa balik selalu nampak dia dari dlm bas) Tarun Gosh (dia tak kenal pun saya, saya mengingatinya kerana semasa mula masuk sekolah jumpa dia dan dia bercakap dalam bahasa yang tak saya faham, nampak hebat, anak seorang doktor). Salah seorang yang sama dalam darjah satu telah berjumpa semula dalam tahun 2005 ( tak ingat pun tapi bila becerita, semuanya menjurus kepada tempat yang sama).

Selain dari kawan sekelas, saya masih mengingati beberapa orang cikgu antaranya
Puan Zabariah Zakaria (dia mengajar BI semasa darjah 2, satu ayat yang masih saya ingat "Kalau nak jadi cikgu, belajarlah rajin-rajin" sambil mencubit kulit perut) mungkin disebabkan tak rajin saya tak jadi cikgu. Suami beliau cikgu Saifulzaman (dia tak mengajar saya pun tapi diingati kerana dia berambut putih sebagaimana Sultan Azlan Shah sekarang).

Last but not least, is my gurubesar yang di kenali sebagai Mr. Ismail. Beliau melakar sejarah yang tersendiri dengan mengerjakan haji kemekah melalui jalan darat. Mereka (Mr Ismai, isteri, mak mertuanya, dua org dari sabah -yang saya ingat) menggunakan van volkwagon memandu dari Bentong Pahang ke Mekah melalui jalan darat. Perjalanan tersebut telah dibukukan, tak tau boleh dicari lagi tak!!

Pengalaman ini diceritakan kepada anak-anak saya sebagai panduan dan motivasi.

Lumut Perak


Jeti Lumut adalah tumpuan bagi mereka yang hendak ke Pulau Pangkor. Lumut luga merupakan pelabuhan bagi angkatan TLDM. Jika bersiar siar di pekan Lumut, akan kelihatan para anggota TLDM yang beruniform. Apa yang menjadi nostalgia kami adalah perjalanan untuk ke Lumut itu sendiri.














Dulu kami dan ramai lagi penduduk sekitar Damar Laut akan menggunakan perkhidmatan feri atau bot penambang untuk keLumut. Pada masa kini,Lumut di hubungi dengan jalanraya yang agak baik melalui pekan manjung. Jambatan telah dibina untuk menyeberangi sungai-sungai yang dulunya adalah penghalang perhubungan. Cawangan UNIKL juga terdapat disini.

Walaupun begitu, perhubungan melalui feri masih wujud dan masih menjadi pilihan. Jeti baru telah dibina menganjur jauh ke Laut.

Teluk Senangin , Perak






Selepas menghantar kakak ke Educamp di UTP Tronoh, kami pergi ke Teluk Senangin. Teluk Senangin ini merupakan tempat yang amat menarik dan cantik. Kali terakhir kami ke sana adalah 12 tahun yang lalu sewaktu kakak berusia 6 thn dan bangah setahun lebih. Pada kali pertama keteluk senangin dahulu, hanya terdapat kira-kira 15 buah rumah nelayan. Tiada bekalan air dan letrik malah jalan masuk juga hanya melalui denai hutan simpan. . Seorang kawan yang berkerja di pejabat mardi perak telah mendapat sebidang tanah di sana.Pada awalnya dia hanya membina sebuah pondok beratap rumbia dan menggunakan air perigi yang payau dan masam tanah gambut. Sebelum sampai ke Teluk senangin kami akan singgah di Pasar Batu Gjah untuk membeli barang keperluan.

Tapi sekarang semuanya telah berubah. Pasar Batu gajah tu dah tak dapat kami cari. Jalan menuju ke Teluk senangin adalah empat lane, boleh pecut. di Teluk senangin pula terdapat banyak chalet yang baru dan indah. Pantainya masih cantik dan indah tetapi telah mula kotor dengan sampah sarap (harga sebuah kemajuan!!!)

Kawan kami yang lebih di kenali sebagai Pak Long Kamal masih ada dan mengusahakan chalet yang unik. Dia semakin tua tetapi masih gagah dan bersemangat untuk mengekalkan Teluk Senangin seperti sediakala. Manakala maklong telah uzur disebakan diabetes. Walaupun begitu, mereka masih ramah dan permurah seperti dahulu!! Semuga allah memberkati tuan sekeluarga!!

Jika hendak ke Teluk Senangin sekarang ni amat mudah, Dari exit Gopeng menuju ke Batu Gajah (tanpa melalui pekan Batu Gajah pun) menghala ke Bandar Baru Iskandar (Dulu tak ujud pun !!) Terus menghala ke Taiping, Pantai Remis dan Segari. Anda akan melalui Swiss Garden Resort sebelum sampai ke Teluk Senangin dan boleh cari Pak Long Kamal yang sedia membantu!!

Kuantan, Pahang.

15 Dec 2009.




Kami sampai di Kuantan dalam pukul 9.00 malam. Memandangkan kami telah lewat sampai, kami makan malam di gerai dekat kawasan cerating. Perh! mahal gila 4 org makan RM57-00.
Apabila sampai ditempat penginapan,anak kami dan sepupunya telah di bawa menonton wayang oleh pak saudaranya. Kepenatan dan tidur.

16 Dec 2009





Pagi-pagi lagi semua bebudak berkumpul di kolam mandi. Selepas sarapan yang amat memuaskan di Seri Malaysia, kami bertolak ke Tg. Lumpur untuk menyaksikan pamiran Dianosour. Atas permintaan anak-anak yang hendak mandi laut, kami menginap pula di Budget resort di Balok.


nuffnang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails