SUATU PERJALANAN
Blog ini mencatatkan perjalanan yang kami lalui sepanjang kehidupan.
35/366, Dah 35 hari berlalu bagi tahun 2012, Blog ini telah lama tidak di "update". Kali terakhir semasa pendaftaran kakak ke UiTM. Sebelum tahun baru cina yang lalu kakak telah menamatkan semester satu di UiTM, bermakna satu semester tak update blog!!
Frazer hill merupakan kawasan tanah tinggi yang terletak di Negeri Pahang. Merupakan tempat yang nyaman dan tenang berbanding dengan Cameron Highland dan Genting Highland. Terdapat dua laluan untuk ke Frazer hill ini.pertama melalui negeri selangor. Memandu ke arah Rawang dan seterusnya ke Kuala Kubu. Dari Kuala Kubu, ketika mengharungi laluan berliku menghala ke Frazer Hill kita dapat melihat beberapa tempat bersantai yang menarik dengan anak sungai yang mengalirkan air yang jernih. Bagi mereka yang datang dari kawasan Temerloh, Raub, Bentong dan yang berdekatan, laluan menerusi Raub boleh menjadi pilihan. Walaupun jalannya berliku, saya berpendapat laluan ini telah diselenggara dengan baik. Pemanduan disini menyeronokan lantaran kurangnya kenderaan melalui laluan ini. Kunjungan sehari kesini tentunya tidak mengecewakan!

Mendaftar Ke IPTA~UiTM Shah Alam
Selasa 6hb September 2011, saya mengambil cuti untuk menghantar anak dara saya mendaftar untuk meneruskan pengajian ke UiTM shah Alam. Tahnia kakak, walau pun tak dapat mengikuti kursus yang di citakan, anggaplah tawaran ini adalah yang terbaik untuk kakak! Engineers have reputation too!!
Pendaftaran anak saya ini mengimbau kenangan saya sendiri kira-kira 30thn dulu. Saya selalu beritahu anak saya supaya bersedia untuk berdikari. Sewaktu saya di tawarkan untukmeneruskan pengajian saya ke ITM cawangan Arau, Perlis, tiada sesiapa yang menghantar saya. Saya mendapat maklumat dari kawan-kawan bagaimana untuk ke Arau tu! Saya di nasihatkan untuk mengambilbas express Budaya dari puduraya. Sebagai anak kampung yg tak pernak jejak kaki ke Kuala Lumpur, semua itu adalah mimpi ngeri untuk saya. Namun begitu apa pilihan yang saya ada.
Pada pagi sebelum hari pendaftaran, mak saya hanya dapat menghantar saya kat tepi jalan untuk naik bas Union ke Bentong Pahang. Berbekalkan wang tunai RM520, saya pergi sendiri ke Perlis, tanpa kawan atau teman!. Sampai di Bentong saya membeli sehelai seluar dan baju T. Dalam pada itu masih ada delima dalam diri, samada untuk pergi atau tidak. Saya sampai di Perhentian pekeliling jam 12 tengahari dan menaiki teksi ke Puduraya dengan tambang RM8. (kemudiannya saya dapat tau tambangnya cuma RM3 sahaja!)
Saya sampai di Puduraya jam 2ptg, dan perjalanan bas expres budaya pada jam 8 malam!!. Apa yang perlu saya buat?? Pada waktu itu saya tidak tau bahawa adanya tempat simpan beg, jadi saya hanya duduk kat bangku tu dan jaga beg takut hilang, nak pergi makan pun angkut beg besar tu sekali (nasihat dari pelbagai pihak). Perh!! lawak tul lah budak kampung tu hehe!!
Saya sampai di Kedah waktu subuh!! pemandangan waktu subuh itu amat memberi kesan pada saya.Sehingga kini saya masih dapat melihat pemandangan itu didalam minda saya. Bas yang saya naiki melalui jalan yang mana di sebelah kiri dan kanannya terbentang sawah padi yang menghijau. Pokok besar yang rendang tersusun rapi di tepi jalan dan tali air kelihatan samar pada waktu subuh hening!! Ketika ini bila say ke Kedah saya masih cuba mencari pemandangan ini!!
Bila sampai di Arau, semuanya saya urus sendiri!! Perhh!!! pedih juga nostalgia ini!!
Sekarang , bila anak sendiri yang melalui situasi yang sama, tentunya kenanga ayahnya dulu tidak dibenarkan berulang!! masa telah berubah!!
Good luck to you kakak!! study smart!!

Perjalanan Suci (KL _ Madinah)
7hb.5.2011 - Kami diberitahu bahawa ada kekosongan dalam rombongan Umrah yang akan berlepas pada 28hb. nanti. Tanpa berfikir panjang aku bersetuju untuk pergi bersama suami dan 2 orang sahabat ( Cikgu Rusni & Cikgu Lela). Dalam masa 3 minggu aku kalut membuat semua persiapan dari segi mental dan fizikalnya.
27hb. 5.2011 - Kami bertolak dari rumah selepas isyak untuk ke KLIA. Kami diarahkan berkumpul disana untuk urusan check in. Selepas taklimat oleh wakil Andalusia, maka kami bergerak ke terminal C1. Kami mula boarding pada pukul 2.30 pagi. Perjalanan selama 9 jam dari KL ke Madinah sungguh panjang rasanya. Kebas rasanya kaki dan tangan apabila duduk terlalu lama. Maka ada masanya aku bertawaf di dalam kapal terbang ketika orang lain sibuk melayan mimpi.
28hb.5. 2011. Kami sampai di airport Madinah dalam pukul 8.00 pagi. Urusan imigresen dan memilih bagasi mengambil masa yang lama. Kami menunggu agak lama di dalam bas bagi memastikan semua ahli dalam bas bersedia untuk bergerak ke hotel. Pembahagian bilik dan pengambilan anak kunci bilik dibuat di dalam bas. Aku dan 2 sahabatku akan ditempatkan dibilik 1304 di hotel durrat fayrozz manakala suami pula di bilik 1305. Sesampainya di hotel kami bergerak masuk dan bertemu dengan kawan baru Pn. Faridah Mohamed.
Kami bergerak ke masjid Nabawi untuk menunaikan fardhu Zohor. di hadapan Masjid tersebut aku berjumpa dengan Ustzh siti Hatijah. Rakan sama sekolah yang telah bertolak sehari lebih awal ke sini. Sungguh syahdu rasanya dapat menunaikan solat di sini kerana selama ini gambaran masjid ini cuma di lihat di Tv, akhbar dan mimpi ku sahaja.
4 hari menginap di Kota Madinah ini terasa sangat aman tenteram dan gembira rasanya. Sempat kami menziarahi makam rasulullah dan sahabat2nya dan Raudhah 3 kali ketika di sini. Banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuh untuk memasuki ruangan yang amat mustajab untuk berdoa ini. Namun berkat kesabaran dan doa yang tidak putus2 , Allah permudahkan semua urusan kami di sini.
Kami sempat Bersolat di Masjib Quba dan di masjid Qiblatain ( masjid 2 kiblat). Kami juga berkesempatan untuk melawat pekan di kota Madinah ini dan juga Ladang kurma abd. Aziz disamping membeli pelbagai jenis kurma dan buah2an di sini. Kami juga sempat melawat Jabal Uhud, yang merupakan tempat Rasulullah melancarkan strategi Perang Uhud di atas bukit ini. Di sini juga terletaknya Makam Saidina Hamzah yang telah mati syahid dalam peperang ini. kota Madinah ini juga terkenal dengan tumbuha2an @ buah2an yang boleh dijadikan ubat. contohnya serbuk Habbatus sauda, buah zuriat, akar siti Fatimah dsbnya.
Penduduk di Kota ini sangat berbangga menjadi penghuni Kota ini kerana Madinah merupakan satu2 nya tempat yang menggenggam jasad Rasulullah s.a.w. Orang2 Arab di sini juga bersopan santun dan lemah lembut.
31.5.2011 - Kami bergerak meninggalkan Kota Madinah menuju ke Kota Mekah dalam pukul 10.30 pagi. Perjalanan ini akan mengambil masa selama 6 jam. Di sini juga kami perlu bersedia dari segi mental untuk menunaikan umrah pertama. Kami akan berniat Ihram di masjid Bir Ali.

Subscribe to:
Posts (Atom)