nuffnang

Perjalanan Suci (KL _ Madinah)

7hb.5.2011 - Kami diberitahu bahawa ada kekosongan dalam rombongan Umrah yang akan berlepas pada 28hb. nanti. Tanpa berfikir panjang aku bersetuju untuk pergi bersama suami dan 2 orang sahabat ( Cikgu Rusni & Cikgu Lela). Dalam masa 3 minggu aku kalut membuat semua persiapan dari segi mental dan fizikalnya.

27hb. 5.2011 - Kami bertolak dari rumah selepas isyak untuk ke KLIA. Kami diarahkan berkumpul disana untuk urusan check in. Selepas taklimat oleh wakil Andalusia, maka kami bergerak ke terminal C1. Kami mula boarding pada pukul 2.30 pagi. Perjalanan selama 9 jam dari KL ke Madinah sungguh panjang rasanya. Kebas rasanya kaki dan tangan apabila duduk terlalu lama. Maka ada masanya aku bertawaf di dalam kapal terbang ketika orang lain sibuk melayan mimpi.

28hb.5. 2011. Kami sampai di airport Madinah dalam pukul 8.00 pagi. Urusan imigresen dan memilih bagasi mengambil masa yang lama. Kami menunggu agak lama di dalam bas bagi memastikan semua ahli dalam bas bersedia untuk bergerak ke hotel. Pembahagian bilik dan pengambilan anak kunci bilik dibuat di dalam bas. Aku dan 2 sahabatku akan ditempatkan dibilik 1304 di hotel durrat fayrozz manakala suami pula di bilik 1305. Sesampainya di hotel kami bergerak masuk dan bertemu dengan kawan baru Pn. Faridah Mohamed.

Kami bergerak ke masjid Nabawi untuk menunaikan fardhu Zohor. di hadapan Masjid tersebut aku berjumpa dengan Ustzh siti Hatijah. Rakan sama sekolah yang telah bertolak sehari lebih awal ke sini. Sungguh syahdu rasanya dapat menunaikan solat di sini kerana selama ini gambaran masjid ini cuma di lihat di Tv, akhbar dan mimpi ku sahaja.

4 hari menginap di Kota Madinah ini terasa sangat aman tenteram dan gembira rasanya. Sempat kami menziarahi makam rasulullah dan sahabat2nya dan Raudhah 3 kali ketika di sini. Banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuh untuk memasuki ruangan yang amat mustajab untuk berdoa ini. Namun berkat kesabaran dan doa yang tidak putus2 , Allah permudahkan semua urusan kami di sini.

Kami sempat Bersolat di Masjib Quba dan di masjid Qiblatain ( masjid 2 kiblat). Kami juga berkesempatan untuk melawat pekan di kota Madinah ini dan juga Ladang kurma abd. Aziz disamping membeli pelbagai jenis kurma dan buah2an di sini. Kami juga sempat melawat Jabal Uhud, yang merupakan tempat Rasulullah melancarkan strategi Perang Uhud di atas bukit ini. Di sini juga terletaknya Makam Saidina Hamzah yang telah mati syahid dalam peperang ini. kota Madinah ini juga terkenal dengan tumbuha2an @ buah2an yang boleh dijadikan ubat. contohnya serbuk Habbatus sauda, buah zuriat, akar siti Fatimah dsbnya.

Penduduk di Kota ini sangat berbangga menjadi penghuni Kota ini kerana Madinah merupakan satu2 nya tempat yang menggenggam jasad Rasulullah s.a.w. Orang2 Arab di sini juga bersopan santun dan lemah lembut.

31.5.2011 - Kami bergerak meninggalkan Kota Madinah menuju ke Kota Mekah dalam pukul 10.30 pagi. Perjalanan ini akan mengambil masa selama 6 jam. Di sini juga kami perlu bersedia dari segi mental untuk menunaikan umrah pertama. Kami akan berniat Ihram di masjid Bir Ali.

Hadiah Terbaik Ulangtahun Perkahwinan ke 20

                       Sewaktu kami berkahwin dahulu (20 tahun yang lalu) kami tidak pergi ke mana-mana untuk ber"honeymoon". Banyak faktor yang menyebabkan ini terjadi, antaranya kami kekurangan fulus dan juga kekangan kerja. Aku tidak pernah menyesalinya tetapi aku selalu berangan-angan untuk menaiki cruise membelah lautan di ulangtahun ke 25 perkahwinan kami nanti...Ceh, tinggi sungguh angan2 ku ini, tapi berangan tak apakan sebab tak kena bayar. Tapi apabila mengenagkan suami aku yang mudah mabuk laut rasanya aku terpaksa padamkan angan2 tersebut.
                       Baru-baru ini sempena ulangtahun ke 20 ini, aku telah mendapat hadiah yang terbaik. Tiada kata-kata yang sesuai untuk mengambarkan betapa indahnya dan gembiranya aku menerimanya. Allah memberi peluang untuk kami berhoneymoon ke Kota Madinah dan Mekah untuk menunaikan umrah. 11 hari yang cukup bermakna kami habiskan bersama-sama dalam suasana gembira dan kasih mengasihi yang melimpah ruah. setiap hari kami isi dengan ibadah bersama jutaan manusia  di sana.
                      Semoga Allah beri kami kesempatan utk menyambut ulangtahun perkahwinan kami di tahun-tahun yang akan datang untuk berhoneymoon ke sana lagi. Amin

nuffnang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails