nuffnang

Pergi yang takkan kembali

Abah, telah dijemput illahi pada Ramadhan ke4 bersamaan hari selasa 25hb Ogos 2009. Pemergiannya di bulan mulia ini adalah rezeki, yang selalu diimpikan oleh semua muslimin dan muslimat. Menatap wajahnya buat kali terakhir kelihatan seperti allahyarham begitu tenang dan sedang tidur yang sangat lena. Allahyarham pergi setelah diserang asthma yang hanya dihidapi dalam sebulan dua sebelum pemergiannya. Sebenarnya sejak lama dahulu allahyarham menghidap penyakit jantung dan darah tinggi. Tetapi ketika di masukkan ke hospital kerana asthma kedua-dua penyakit itu tidak dapat dikesan.
Abah yang ku kenali sangat tegas, berani dan sentiasa memegang prinsip dirinya sangat kuat dan agak outspoken. allahyarham tidak akan teragak-agak menegur jika ada sesuatu yang tidak betul berlaku di depan matanya. Allahyarham telah menolak pengurniaan pingat JP kepadanya kerana tidak mahu menyembah-yembah manusia untuk mendapatkan pingat tersebut. Di bulan Ramadhan ini selalunya allahyarham sibuk menjadi amil zakat kepada anak-anaknya untuk mengagihkan zakat-zakat kami kepada orang yang memerlukan.
Sepanjang 41 tahun bersama dan bermanja bersama abah, rasanya tiada apa yang terkilan dihati atau ada hajat2nya yang tidak kami tunaikan. Kami akan berusaha menunaikan apa sahja permintaannya samada dari segi makanan, pakaian, wang ringgit, berjalan atau apa sahaja keinginannya. Allahyarham tidak pernah menyusahkan kami. Hampir ke seluruh Malaysia kami telah bawa abah berjalan. Perjalanan akhir yang kami bawa abah ialah ke kedah pada bln Feb. yang lepas dimana allahyarham begitu teringin untuk melihat sekolah kedua-dua anak kami di SM Sultan Abdul Halim. Di sana kami telah tunaikan keinginannya untuk membeli capal kulit dan dodol di pekan rabu. Walaupun bertongkat dan kelihatan sangat letih, allahyarham kelihatan gembira dan puashati.
Abah, adalah lambang kekuatan kami adik beradik dalam menempuh kemiskinan hidup dan bangkit dari kemiskinan hingga ke tahap hidup sekarang. Membesarkan 11 anak dengan pendapatan menoreh bukanlah satu kerja yang mudah. Tapi tidak ada seorang pun dari kami yang tidak dihantar ke sekolah atau terpaksa makan ubi kayu untuk meneruskan hidup.
Aku menyambung pelajaran ke peringkat ijazah pada usia 34 tahun kerana ingin menunaikan hajat allahyarham dan emak yang terlalu ingin melihat anak perempuannya ini ke menara gading. Kedua-duanya hadir sewaktu konvokesyen pada 2006. Walaupun mereka hanya menunggu di rumah kerana tidak larat untuk duduk lama di dlam Dewan. Mereka kelihatan gembira dan berpuashati dengan kejayaanku.
Allahyarham sentiasa mengambil tahu perkembangan anak, menantu, cucu dan cicitnya. Allahyarham juga mengingati semua nama mereka dan sentiasa melawat mereka bila ada kelapangan. sehingga ke minggu2 terakhir sebelum pemergiannya allahyarham masih memandu.
Semasa di zaman persekolahan, allahyarham adalah tulang belakang yang sentiasa menyokong apa sahaja kegiatan yang aku ceburi. Baik dalam bidang sukan, pelajaran dan kami juga berkongsi minat dalam aktiviti kembara. Allahyarham telah berusaha meminta sumbangan dari kawan-kawannya bagi membolehkan aku menyertai projek kembara MPRM untuk mendaki Gunung Kinabalu pada tahun 1991. Hasil usaha allahyarhamlah menyebabkan aku menjadi peserta paling kaya dengan membawa duit poket sebanyak RM450. Allahyarham begitu teruja dengan ekspedisi tersebut dan teringin untuk sampai ke sana. Maka pada tahun 2003 kami telah berjaya membawa allahyarham ke sana dan menginap di Rose Cabin yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Sekali lagi kami ke sana pada tahun 2005 dan kami telah ke Timpohan Gate, starting point untuk pendaki2 memulakan perjalanan mereka.
Allahyarham sentiasa akan berada di hati ku bukan sahaja sebagai abah yang sangat baik malah sebagai sahabat, penasihat, motivator, kaunselor dan contoh yang baik kepada anak2 kami dari segi disiplin dan keyakinan diri. Selalu orang bertanya aku apakah pekerjaan abah sebelum pencen jika mereka baru berjumpa dengannya buat pertama kali. Selalu mereka meneka abah adalah pegawai kerajaan berpangkat tinggi sebelum berpencen. Ramai yang tidak percaya bila aku katakan abah hanyalah bekas penoreh getah. Ini kerana abah sentiasa berpenampilan kemas, smart, yakin dan sentiasa boleh diajak berbincang dalam apa topik sekali pun terutamanya topik politik. Abah tidak pernah menyembunyikan sokongannya kepada pembangkang kerajaan pusat.
Abah perginya membawa sebahagian dari semangat ku tapi bulan2 terakhir sebelum pemergiannya, allahyarham telah meninggalkan beberapa pesanan dan amanat kepadaku. malah allahyarham sentiasa mengingatkan ku bahawa hayatnya mungkin tidak lama dan bersedialah untuk menghadapinya.
Semoga Allah tempatkan abah bersama orang-orang yang solleh dan di syurga yang terbaik, Sebagai anak insyaallah aku akan sentiasa untuk bersedekah untuk allahyarham di sana. Hanya anak-anak yang solleh/sollehah sahaja yang boleh menolong allahyarham di sana. Amin........

Hari suka dan hari duka.

beberapa hari sebelum tibanya ramadan keluarga kami menerima dua lagi orang baru sebagai menyambung zuariat keluarga iaitu Faris zakuan dan mimi amira.

Setelah tiba ramadan, hari ke empat ramadan bersamaan 25 August 2009, ayah kepada isteri saya telah kembali keRahmatullah menemui penciptanya. Allahyarham telah selamat dikebumikan pada jam 1.10 pm di tanah perkuburan islam Kg Mentaus , jelebu, Semuga rohnya di berkati dan di rahmati.

Antara intipati talkin yang dibacakan (tentunya untuk hadirin yang menghantar jenazah),

"Bahaw janji allah itu adalah benar"

1. Yang hidup itu pasti menemui mati adalah benar.
2. di masukan ke liang kubur itu adalah benar.
3. Di soal dua malaikat itu adalah benar
4. Di bangkitkan semula itu adalah benar
5. Hari kiamat itu adalah benar.


dua senarai yang pertama dalah terbukti dan dapat di lihat oleh semua yang hadir selebihnya hanya iman dapat membimbing.

Alfatihah buat ayah yang gigih membesarkan 12 anak. sempat mengenali 40+ cucu dan 12 cicit.

Mencari Rezeki.






9/10 dari rezeki yang di turunkan oleh allah SWT adalah melalui perniagaan. Lantaran itu salah seorang dari biras den telah melakukan anjakan pradigma dengan memulakan perniagaan. Beliau mengusahakan perniagaan air karbonat dan perkhidmatan insuran. Kedai mereka beroperasi di bandar Baru Serting, sebuah bandar yang sedang pesat membangun. Semuda segala usaha belliau di berkati oleh Allah Swt dan beroleh kejayaan dan berkat.

Temerloh II

Perahu penambang
Pertemuan 2 sungai.



Pekan sehari Temerloh terletak di tebing sungai pahang. Di sinilah pertemuan dua sungai iaitu sungai semantan dan sungai tembeling lalu membentuk sg pahang. Suatu ketika dulu, di kuala sungai ini terdapat banyak rumah rakit yang merupakan sebagai penempatan setinggan bandar disini. Kini rumah rakit telah tiada tetapi dua rumah yg terdapat didalam gambar ini boleh juga diibaratkan sebagai rumah rakit.

Perahu penambang masih menjadi salah satu dari bentuk pengangkutan untuk penduduk dari bangau seberang ke Pekan Temerloh, Yang berbeza, perahu sekarang berinjin.

Temerloh dinobatkan sebagai bandar ikan patin. Arca ikan patin diletakan di merata tempat antaranya di pavement pejalan kaki ke Jeti penambang.

The wedding







Last Saturday (1st August 09) we attended my cousin wedding ceremony. She is my uncle's 1st daughter and the husband will be my uncle 1st son in law. We pray for your happines. May allah bless U forever.

nuffnang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails