nuffnang

Mendaftar Ke IPTA~UiTM Shah Alam

Selasa 6hb September 2011, saya mengambil cuti untuk menghantar anak dara saya mendaftar untuk meneruskan pengajian ke UiTM shah Alam. Tahnia kakak, walau pun tak dapat mengikuti kursus yang di citakan, anggaplah tawaran ini adalah yang terbaik untuk kakak!  Engineers have reputation too!!

Pendaftaran anak saya ini mengimbau kenangan saya sendiri kira-kira 30thn dulu. Saya selalu beritahu anak saya supaya bersedia untuk berdikari. Sewaktu saya di tawarkan untukmeneruskan pengajian saya ke ITM cawangan Arau, Perlis, tiada sesiapa yang menghantar saya. Saya mendapat maklumat dari kawan-kawan bagaimana untuk ke Arau tu! Saya di nasihatkan untuk mengambilbas express Budaya dari puduraya. Sebagai anak kampung yg tak pernak jejak kaki ke Kuala Lumpur, semua itu adalah mimpi ngeri untuk saya. Namun begitu apa pilihan yang saya ada.

Pada pagi sebelum hari pendaftaran, mak saya hanya dapat menghantar saya kat tepi jalan untuk naik bas Union ke Bentong Pahang. Berbekalkan wang tunai RM520, saya pergi sendiri ke Perlis, tanpa kawan atau teman!.  Sampai di Bentong saya membeli sehelai seluar dan baju T. Dalam pada itu masih ada delima dalam diri, samada untuk pergi atau tidak. Saya sampai di Perhentian pekeliling jam 12 tengahari dan menaiki teksi ke Puduraya dengan tambang RM8. (kemudiannya saya dapat tau tambangnya cuma RM3 sahaja!)

Saya sampai di Puduraya jam 2ptg, dan perjalanan bas expres budaya pada jam 8 malam!!. Apa yang perlu saya buat?? Pada waktu itu saya tidak tau bahawa adanya tempat simpan beg, jadi saya hanya duduk kat bangku tu dan jaga beg takut hilang, nak pergi makan pun angkut beg besar tu sekali (nasihat dari pelbagai pihak). Perh!! lawak tul lah budak kampung tu hehe!!

Saya sampai di Kedah waktu subuh!! pemandangan waktu subuh itu amat memberi kesan pada saya.Sehingga kini saya masih dapat melihat pemandangan itu didalam minda saya. Bas yang saya naiki melalui jalan yang mana di sebelah kiri dan kanannya terbentang sawah padi yang menghijau. Pokok besar yang rendang tersusun rapi di tepi jalan dan tali air kelihatan samar pada waktu subuh hening!! Ketika ini bila say ke Kedah saya masih cuba mencari pemandangan ini!!

Bila sampai di Arau, semuanya saya urus sendiri!!  Perhh!!! pedih juga nostalgia ini!!
Sekarang , bila anak sendiri yang melalui situasi yang sama, tentunya kenanga ayahnya dulu tidak dibenarkan berulang!! masa telah berubah!!

Good luck to you kakak!! study smart!!

Perjalanan Suci (KL _ Madinah)

7hb.5.2011 - Kami diberitahu bahawa ada kekosongan dalam rombongan Umrah yang akan berlepas pada 28hb. nanti. Tanpa berfikir panjang aku bersetuju untuk pergi bersama suami dan 2 orang sahabat ( Cikgu Rusni & Cikgu Lela). Dalam masa 3 minggu aku kalut membuat semua persiapan dari segi mental dan fizikalnya.

27hb. 5.2011 - Kami bertolak dari rumah selepas isyak untuk ke KLIA. Kami diarahkan berkumpul disana untuk urusan check in. Selepas taklimat oleh wakil Andalusia, maka kami bergerak ke terminal C1. Kami mula boarding pada pukul 2.30 pagi. Perjalanan selama 9 jam dari KL ke Madinah sungguh panjang rasanya. Kebas rasanya kaki dan tangan apabila duduk terlalu lama. Maka ada masanya aku bertawaf di dalam kapal terbang ketika orang lain sibuk melayan mimpi.

28hb.5. 2011. Kami sampai di airport Madinah dalam pukul 8.00 pagi. Urusan imigresen dan memilih bagasi mengambil masa yang lama. Kami menunggu agak lama di dalam bas bagi memastikan semua ahli dalam bas bersedia untuk bergerak ke hotel. Pembahagian bilik dan pengambilan anak kunci bilik dibuat di dalam bas. Aku dan 2 sahabatku akan ditempatkan dibilik 1304 di hotel durrat fayrozz manakala suami pula di bilik 1305. Sesampainya di hotel kami bergerak masuk dan bertemu dengan kawan baru Pn. Faridah Mohamed.

Kami bergerak ke masjid Nabawi untuk menunaikan fardhu Zohor. di hadapan Masjid tersebut aku berjumpa dengan Ustzh siti Hatijah. Rakan sama sekolah yang telah bertolak sehari lebih awal ke sini. Sungguh syahdu rasanya dapat menunaikan solat di sini kerana selama ini gambaran masjid ini cuma di lihat di Tv, akhbar dan mimpi ku sahaja.

4 hari menginap di Kota Madinah ini terasa sangat aman tenteram dan gembira rasanya. Sempat kami menziarahi makam rasulullah dan sahabat2nya dan Raudhah 3 kali ketika di sini. Banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuh untuk memasuki ruangan yang amat mustajab untuk berdoa ini. Namun berkat kesabaran dan doa yang tidak putus2 , Allah permudahkan semua urusan kami di sini.

Kami sempat Bersolat di Masjib Quba dan di masjid Qiblatain ( masjid 2 kiblat). Kami juga berkesempatan untuk melawat pekan di kota Madinah ini dan juga Ladang kurma abd. Aziz disamping membeli pelbagai jenis kurma dan buah2an di sini. Kami juga sempat melawat Jabal Uhud, yang merupakan tempat Rasulullah melancarkan strategi Perang Uhud di atas bukit ini. Di sini juga terletaknya Makam Saidina Hamzah yang telah mati syahid dalam peperang ini. kota Madinah ini juga terkenal dengan tumbuha2an @ buah2an yang boleh dijadikan ubat. contohnya serbuk Habbatus sauda, buah zuriat, akar siti Fatimah dsbnya.

Penduduk di Kota ini sangat berbangga menjadi penghuni Kota ini kerana Madinah merupakan satu2 nya tempat yang menggenggam jasad Rasulullah s.a.w. Orang2 Arab di sini juga bersopan santun dan lemah lembut.

31.5.2011 - Kami bergerak meninggalkan Kota Madinah menuju ke Kota Mekah dalam pukul 10.30 pagi. Perjalanan ini akan mengambil masa selama 6 jam. Di sini juga kami perlu bersedia dari segi mental untuk menunaikan umrah pertama. Kami akan berniat Ihram di masjid Bir Ali.

Hadiah Terbaik Ulangtahun Perkahwinan ke 20

                       Sewaktu kami berkahwin dahulu (20 tahun yang lalu) kami tidak pergi ke mana-mana untuk ber"honeymoon". Banyak faktor yang menyebabkan ini terjadi, antaranya kami kekurangan fulus dan juga kekangan kerja. Aku tidak pernah menyesalinya tetapi aku selalu berangan-angan untuk menaiki cruise membelah lautan di ulangtahun ke 25 perkahwinan kami nanti...Ceh, tinggi sungguh angan2 ku ini, tapi berangan tak apakan sebab tak kena bayar. Tapi apabila mengenagkan suami aku yang mudah mabuk laut rasanya aku terpaksa padamkan angan2 tersebut.
                       Baru-baru ini sempena ulangtahun ke 20 ini, aku telah mendapat hadiah yang terbaik. Tiada kata-kata yang sesuai untuk mengambarkan betapa indahnya dan gembiranya aku menerimanya. Allah memberi peluang untuk kami berhoneymoon ke Kota Madinah dan Mekah untuk menunaikan umrah. 11 hari yang cukup bermakna kami habiskan bersama-sama dalam suasana gembira dan kasih mengasihi yang melimpah ruah. setiap hari kami isi dengan ibadah bersama jutaan manusia  di sana.
                      Semoga Allah beri kami kesempatan utk menyambut ulangtahun perkahwinan kami di tahun-tahun yang akan datang untuk berhoneymoon ke sana lagi. Amin

Memorable moments in April And May

Sudah begitu banyak perkara dan peristiwa berlaku di sepanjang bulan April dan May yang tak sempat aku update di dalam blog ini. Aku kesuntukan waktu untuk mengupdate blog hatta untuk melayari internet sekali pun.

15hb. April 2011. Aku berangkat ke Jakarta bersama-sama anak daraku, kakak ipar, anak buah dan neneknya kononnya bagi menghadiri majlis Konvokesyen anak saudara ku di Universiti Trisakthi. Kami sampai di sana dalam pukul 6 petang tetapi suasana di luar airport telah kelam dan hujan renyai. Proses mencari kereta dan tawar menawar berlaku kerana jumlah kami yang ramai tak mungkin memuatkan kami dalam sebuah kereta kecil. Kami mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai ke kediaman anak saudara ku yang terletak di Jakrta Utara di kawasan Grogol. Tak banyak yang dapat dilihat kerana cuacanya yang telah gelap. Kamidikenakan bayaran sebanyak Rp125000. Wah..kalau dalam ringgit banyak ni boleh membeli sebuah rumah semi-D di Jitra. Pelajaran pertama yang diterima ialah bayaran untuk taksi di sana mesti cukup2. Jika kita beri lebih, ianya dikira tips utk mereka. Mereka tidak akan memulangkan bakinya.

16hb. April. Majlis Konvokesyen berlangsung di Jakarta Convention Centre. Aku tidak pergi ke sana kerana hanya 2 orang shj dibenarkan masuk dan anak daraku pula demam sebaik sampai di Jakarta. jadiaku berehat di bilik di rumh tumpangan anak buahku. Aktiviti kami hanya tidur dan membaca novel kerana kami tidak berani keluar bersendirian. Hari ini juga merupakan hari lahirku yang ke 43 tahun. Wah dah semakin tua rupanya aku ni, tapi aku masih rasa muda dan biasa2 aje.

17hb. April. Aku dan yang lain2nya bershopping di Tanah Abang.. Wah, kami betul2 bershopping di sini. Kami libas kiri, kanan depan belakang sesuai dengan iklim Rp yang kami bawa. Sebenarnya tak banyak sangat yg aku beli utk diri sendiri..kebanyakkan yg ku beli adalah utk adik beradik dan kawan2. Maka sehingga ke petangnya Koleksi Rp aku pun menyusut..namun hati puas dan gembira walau pun berat tangan menjinjing plastik.

18hb. April. Lokasi shopping kami pula bertukar ke Mangga 2 hari ini. Kat sini lagi heaven dan aku rasa pilihannya banyak di sini kerana kedai2nya lebih tersusun nak di bandingkan dengan tanah abang. Lagi sekali kami menjalankan aktiviti libas melibas sehingga tak mampu di bawa semuanya. Kami juga terpaksa membeli beg tambahan utk barang2 yang dibawa.

19hb. April. Kami kembali ke tanah air dengan hati yang puas dan gembira. inilah perjalanan shopping ku yang sangat banyak aku rasa. Banyak dari segi bilangan dan duitnya. Aku boleh menghabiskan berjuta-juta sehari ( Ehem...rupiah ya bukannya ringgit ). Kadangkali aku tersenyum sendiri bila membuat perbangdingan. Di Indonesia dengan wang 5000 aku hanya dapat membeli segelas jus buah2an manakala di sini aku boleh membayar down payment kereta atau pergi Umrah...jauhkan bezanya.

1st May. Cuti hari buruh...kami sekeluarga balik ke kg di Temerloh dan Negeri sembilan. Best...

7th May. Sekali lagi kami balik ke kg. di NS kerana ada Majlis Makan Malam bersama Dato' Rais Yatim sempena penubuhan Alumni SK Durian Tipus. Best juga, tapi semua lauk pauk yang dihidangkan termasuk dessertnya berasaskan santan...Hidup org NS ni mmg kerana santan terutamanya sambal masaknya sedap gila.

11th May- Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan kami yang ke 20 tahun. Rupanya sudah lama kami saling kenal mengenali, cinta menyintai satu sama lain...Lebih baik aku bercakap bagi pihak diriku sendiri. Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada suamiku yang telah sudi memilihku untuk menjadi teman hidupnya 20 tahun dulu. Walaupun aku telah mengenalinya sejak tahun 1985 iaitu kira-kira 6 tahun sebelum mendirikan rumah tangga, kami tidak menjalinkan hubungan cinta. Aku mula memupuk rasa cinta yang tidak berbelah bagi untuknya setelah dia menggenggam tangan arwah abah ketika diijabkabulkan.
Alhamdulillah, Allah mengurniakan aku seorang lelaki yang sangat baik, lemah lembut, penyayang, bertanggungjawab untuk membimbingku dan menjadi ayah yang hebat buat anak2 kami. Aku berdoa agar Allah memanjangkan jodoh kami hingga ke akhir hayat dan Allah menetapkan hati ku untuk mencintainya sepenuh hati di waktu susah dan senangnya. 
Pada tarikh ini juga kami dijemput Allah untuk menjadi tetamunya di penghujung May ini. Semoga Allah menerima kedatangan kami yang serba kekurangan ini dan membukakan pintu yang luas untuk kami menunaikan ibadah umrah ini dengan sempurna, insyaallah.

Kg. Pagi


Kami tiba di Kg Pagi pada kira-kira jam 12 tengahari. Kami berhenti di sini untuk makan tengahari serta solat zohor di masjid  Kg Pagi. Disini kami mendapat maklumat bahawa satu jalan darat sedang dibina untuk menghubungi Kg pagi ini dengan Kuala Tahan. Jalan tersebut dijangka siap pada tahun 2012.

Bangunan baru sekolah Kg. Pagi

gerai di tepi jeti Sg Tembeling

Di sini terdapat sebuah sekolah rendah. Bangunan tambahan yabg baru telah siap di bina. yang menariknya hanya terdapat 30 orang murid bersekolah disini. Jumlah 30 orang itu adalah dari darjah 1 hingga 6. Bangunan lama sekolah boleh jadi stor je lah!!

Pengangkutan utama bagi menghubungi Kg. Pagi dan dunia luar adalah bot. Kami sempat melihat bagaimana enam ekor kambing di bawa ke sini melalui bot. Sungguh mencabar!!

Kambing yang dibawa dengan bot.


Selain itu terdapat kedai runcit dikg Pagi ini. Orang-orang asal juga datang ke sini untuk mendapatkan bekalan bahan asas seperti beras, gula, tepung dll.
Penumpang di Jeti Kg. Pagi

Orang asal selepas membeli belah barang asas.

Kami juga sempat meneliti beberapa aktiviti masyarakat yang akan di adakan di sini. aktiviti tersebut amat menarik. Amat beruntung jika kami dapat menyertainya atau sekadar jadi pemerhati!!

Bersyair memudik sungai!


perh!! pelbagai acara yang ada. sangat mengujakan kami serta anak-anak!!

Destinasi yang kontras!

Hari Pertama perjalanan , Khamis 18 mac 2011

Sekembali dari Langkawi kami bersama keluarga adik bongsu telah pergi ber"camping" di Ulu tembeling. Laluan untuk kesana adalah melalui jalan Temerloh-Jerantut. dari laluan tersebut, kita perlu menuju kearah Taman Negara di Kuala Tahan. Dari Kuala Tahan kami menaiki bot yang boleh memuatkan penumpang seramai 13 orang(termasuk kanak-kanak). Perjalanan selama 1 jam dan menempuh 7 jeram yang mengerikan. (Pada masa air sungai terlalu surut, perjalanan mungkin mengambil masa lebih dari 2 jam). Perhentian pertama adalah satu perkampungan melayu iaitu Kg Pagi. Perhubungan utama untuk ke Kg ini hanyalah melaui jalan sungai.walaupun demikian, satu laluan darat sedang di bina dari Kuala Tahan ke Kg Pagi melalui Kg Mat Daling.
Dos mengiringi perjalanan kami
                                        


Menaiki Bot di KualaTahan.

Perjalanan dengan bot

Keselamatan diutamakan.







Musim cuti sekolah!

Cuti sekolah bagi penggal pertama tahun 2011 telah tiba, bermula dari 12hb Mac hingga 20hb mac 2011. Sebagaimana pada masa-masa yang lalu, kami akan membawa anak-anak menjelajah ke tempat-tempat yang menarik semasacuti sekolah. Percutian kali ini telah dirancang sejak bulan juali tahun lalu tanpa mengetahui ianya adalah musim cuti sekolah. Alhamdulillah tarikh yang dipilih bertembung denga musim cuti sekolah!!. Kali ini kami pergi ke Langkawi. Walaupun Langkawi merupakan destinasi yang telah dikunjungi berulang kali tetapi destinasi ini masih tidak menjemukan. Ianya mempunyai tarikan tersendiri yang menggamit penggunjung.

Pada percutian yang lalu kami banyak menghabiskan masa di pulau-pulau, kali ini banyak masa dihabiskan disekitar pekan Kuah dan kawasan disekitar Pantai Cenang.



Pada sebelah pagi, kunjungan ke kawasan gunung macincang masih menarik perhatian.Menaiki kereta kabel ke gunung masih mencabar keyakinan dan keberanian! Kami juga menikmati beberapa aktiviti di sekitar kawasan ini terutama "flying fox" yang dulunya tidak ada.




Bergambar di dataran helang merupakan salah satu agenda kami pada sebelah petang kerana sebelum ini replika helang itu hanya di perhatikan dari jauh.




nuffnang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails