nuffnang

BANDUNG


                                                Di Takuban Perahu

                 










Kelantan Darulnaim.

Hujung minggu pertengahan bulan Julai kami telah mengunjungi Negeri Kelantan Darulnaim. Kunjungan ini atas pelawaan rakan untuk meraikan majlis pertunangan anak lelaki beliau di Kawasan Kemumin, Panchor berhampiran dengan Pengkalan chepa. Majlis pertunangan akan diadakan pada hari Sabtu. Kami bertolak dari Bangi pada jam 11 pagi. Pada perancangan awalnya anak-anak akan mengikuti kami seperti selalunya. Bila dimaklumkan bahawa kakak yang mula bercuti pada hari tersebut, semuanya enggan mengikut kami dan dengan rela menemani kakak di rumah. Maka perjalanan merupakan perjalanan "couple".

Kami berjumpa dengan keluarga pengantin lelaki di sebuah gerai lemang panas di Bentong untuk makan tengahari. Masakan digerai ini amat menyelerakan dengan menu masak lemak daging salai, ikan bakar dll. Istemewanya ada menyediakan lemang panas yang ummmph!!! Gerai ini terletak di sebelah kiri jalan menghala ke Raub selepas pekan Bentong.

Perjalanan yang santai tanpa terkejar-kejar. Kami tiba di Kota Bharu jam 8.00 mlm. Tempat penginapan telah disediakan (Terima kasih Dato'!). Di sini kami di raikan oleh kawan lama semasa belajar di Sekolah Sulaiman. Kali terakhir kami bertemu dalam sekitar tahun 1983 sewaktu menuntut di ITM.



Iringan

Perbincangan

Tumpuan selepas perbincangan

Terima kasih kepada En. Huzailin atas keraian yang tuan berikan kepada kami. Sempat juga kami dibawa menziarahi Ustaz Ismail yang kini menetap di Pasir Putih. Masih sihat dan ceria bercerita tentang masa lampau. Terdetik pada saya bahawa salah satu kegembiraan seorang guru adalah bila bekas anak muridnya masih mengingati dan sudi menziarahi sewaktu mereka berada di usia persaraan.
Bersama Huzailin


Kepada kawan yang tidak sempat di ziarahi, kami mohon maaf. Tiada rezeki untuk kita bersembang dan bercerita setelah sekian lama tidak bertemu. Telah terlalu hampir tapi tiada rezeki untuk berjumpa.
Insyaalah kami akan keKelantan lagi di akhir tahun 2012 untuk menunaikan janji yang termetri antara teruna dan dara!

Medan To Lake Toba


Cuti-cuti!!

Cuti sekolah tiba lagi. Pada kebiasannya kami akan membawa anak-anak melawat dan berziarah sebagai sebahagian dari agenda cuti sekolah. Pada waktu ini di tahun lepas, kami telah pergi menunaikan umrah lantaran itu anak-anak tidak kemana-mana.











Pada cuti ni kami melangkah jauh sedikit iaitu ke negara jiran yang tidak pernah di kunjungi. Banyak perkara yang dapat di kongsi dalam perjalanan lawatan selama 4 hari 3 malam tersebut.

nuffnang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails