nuffnang

PENYAKIT BARU

Sejak minggu lepas, aku telah diserang satu penyakit. Penyakit ini boleh menjadi mudarat yang besar andainya aku gagal mengawal penularannya. Aku kira penyakit ini sememangnya tidak pernah wujud dalam 10 atau 20 tahun yang lalu. Tetapi kini aku kira ianya telah menular dan virusnya merebak dengan pantas dan telah menjangkiti manusia di seluruh dunia tidak kira peringkat dunia.

Kalau dulu hanya orang-orang kaya sahaja yang dijangkiti penyakit ini, tetapi kini ianya boleh menjangkiti manusia samada mereka kaya atau pun miskin. Orang-orang kaya perlu membayar dengan harga yang agak mahal untuk membeli alat yang boleh menyebarkan virus ini kepada mereka, manakala yang miskin pula hanya perlu mendapatkan perkhidmatan untuk mendapatkan virus-virus ini yang telah disediakan di tempat-tempat khas milik kerajaan dan orang persendirian.

Ironinya, manusia sangat phobia mendengar perkataan virus atau penyakit tetapi bagi PENYAKIT BARU ini manusia sanggup belajar dan berusaha untuk dijangkiti. Malah ada yang sanggup mengambil kelas khas agar mereka tidak ketinggalan untuk dijangkiti. Dunia hari ini begitu skeptical, memandang dan melabel bahawa orang yang tidak mendapat penyakit ini adalah manusia kuno, lapuk dan ketinggalan zaman.

Pesakit bagi penyakit ini agak sukar sembuh apabila mereka telah dijangkiti. Dari hari ke hari, penyakit ini akan bertambah kronik kerana tarikan untuk mereka merasai kesakitan ini lebih kuat dari tarikan untuk menyembuhkannya. dari hari ke hari wujud
pelbagai versi penyakit ini, yang mana setiap satunya akan berlumba-lumba untuk memberkan lebih kesakitan kepada pesakitnya.

Awas, penyakit ini boleh mengkucar-kacirkan rumahtangga, boleh merosakkan institusi keluarga, sosial, mental dan spiritual. Malah yang lebih dahsyat lagi ia boleh merosakkan jiwa dan negara jika tidak dapat dikawal dengan baik....

Penyakit ini ada p elbagai nama seperti facebook, avatar, ym, you tube, chatting, surfing, internet, blogging dan lain2 yang seangkatan dengannya. Aku juga telah dijangkiti namun masih dalam had yang sangat terkawal..........

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails