nuffnang

Interesting places in Kundasang.

3hb. Dec.2010.
Anak-anak dikejutkan awal untuk solat subuh dan keluar dari Resort ini untuk mengambil gambar pemandangan indah berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Kami bergerak ke kawasan Rose Cabin kerana 5 tahun dahulu ketika kami ke sini, kawasan ini mempunyai pemandangan yang amat cantik.kami kecewa kerana kawasan ini kelihatan tidak terurus. Kami meneruskan perjalanan ke Pekan Kundasang untuk mencari sarapan. Selepas itu kami kembali ke bilik untuk bersiap ke destinasi berikutnya.
9.30 a.m : kami meneruskan perjalanan ke Luanti. Maklumat yang diterima di sini kami boleh bermain-main dengan ikan yang besar sambil badan diurut. Dalam pencarian ke tempat ini kami ternampak kawasan ladang Sabah tea.Kami singgah di ladang ini sebentar dan berkesempatan menikmati keenakkan tea nya yang sedap dan segar. harganya amat berpatutan iaitu RM6 untuk seteko kecil yang cukup untuk 5/6 orang.


Tagal Luanti tu hanya terletak lbh kurang 50m dari ladang tersebut. kami perlu membayar tiket berharga RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak2 hanya untuk merendamkan kaki untuk diurut seperti 'fish spa' selama 15minit. Ikan-ikan di sini banyak yang besar dan sepanjang lebih kurang 1 kaki. Sebaik kaki direndam ke dalam sungai, ikan-ikan tersebut datang mengerumuni kaki sambil menggigit-gigit sel-sel mati yang ada di kaki.disebabkan ikan-ikan ini agak besar, gigitannya memeritkan. Namun pengalaman ini sangat menyeronokkan.


Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Poring's Hot Spring. Sesampainya di sana, hujan panas turun. Kami berehat sebentar di dalam kereta sehingga hujan reda. Kami bernasib baik kerana lawatan kami kali ini bertepatan dengan Ekspo Biodiversiti Negeri sabah, maka semua tempat lawatan di lawati percuma. Selepas makan tengahari, suami dan anak2 lelaki pergi menaiki canopy walk, manakala aku dan alin menunggu di bawah sambil alin berendam di dalam kolam2 yang disediakan.

Anak-anak mengambil peluang untuk berendam di dalam pool yang ada di sekitar tempat ini. Kami berhenti sembahyang zohor di masjid Kg. Lohan. selepas solat, suami ku bertemu dengan orang Temerluh yang datang ke sana untuk menghadiri kenduri kahwin saudara sebelah isterinya. En. Rozimi bekerja di Mentakab.  Kecil juga dunia ni rupanya.
Disebabkan masa masih awal, iaitu 4. p,m. kami meneruskan perjalanan ke Kinabalu Park. sesampainya di sana, kami terus memandu ke kawasan Timpohon Gate, iaitu kawasan bagi pendaki2 memulakan pendakian mereka. 20 tahun dahulu aku ke sini untuk menjadi salah seorang pendaki gunung yang tertinggi di Asia Tenggara ini. Malangnya gate untuk turun ke bawah telah ditutup dan penjaga gate sedang menunggu pendaki terakhir (pada hari itu)untuk keluar. kami sempat bersembang dengannya dan dimaklumkan bahawa kos untuk guide dan tempat tinggal di Laban rata sudah naik berkali-kali ganda berbanding 20 tahun dahulu. Akhirnya, pendaki terakhir pun sampai diiringi oleh guidenya. Pendaki terakhir yang keluar pada hari tersebut seorang wanita Holland berusia 60 tahun. Beliau ketawa riang apabila kami memberikan tabik hormat kepadanya kerana kegigihannya untuk mendaki pada usia tersebut. Sedangkan rata2nya orang Malaysia hanya duduk menjaga cucu @ kucing pada usia tersebut.


Akhirnya kami turun semula ke pekan Kundasang dan mencari restoran untuk makan malam. hari telah gelap walaupun baru pukul 6 petang. selepas makan kami kembali ke resort, mandi, solat dan berehat.
Perjalanan akan diteruskan esok!!

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails