nuffnang

Program Tahfiz

29.11.2009 Ahad. hari ini kami menghantar abang ngah untuk mengikuti progran Tahfiz selama 2 minggu di sekolah agama tahfiz al hassan di Berhala Gantang , Temerloh. Abang Ngah merasa sangat teruja untuk mengikuti program ini kerana sepupunya akmal akan turut sama. Pada dasarnya penyertaan ini telah ditutup kerana sambutan yang begitu menggalakkan. Namun kami telah merayu agar abang ngah dapat mengikutinya.
Alhamdulillah, abang ngah setuju untuk pergi. Kami amat berharap agar abang ngah dapat menghafaz semua surah yang telah ditetapkan bagi sessi ini. Kami memang menaruh harapan agar abang ngah akan terus menyintai islam dan sentiasa menjaga imannya. Inilah anak lelaki harapan kami untuk menerangi kubur-kubur kami kelak di samping, kakak, adlin dan adam.
Sebagai anak lelaki yang pertama sewajarnya abang ngah mempunyai tgg jwb yg lebih berat untuk mentadbir keluarga seandainya kami tiada. Itulah sebabnya kami sebagai ibubapa sentiasa mengingatkan abang ngah agar belajar bertanggjwb, berdisiplin dan belajar bersungguh-sungguh agar boleh menjadi ketua keluarga nanti.
Petang ini kami akan kembali ke Bangi. Malangnya adlin merayu-rayu untuk tinggal di rumah mak tehnya agar dia dapat terus bersama sepupunya, Ira. kami membenarkan alin untuk tinggal di sana kerana dia ingin mengikuti Ira untuk program mengaji secara intensif di Masjid berdekatan. Hanya adam yang mengikuti kami balikke Bangi.

1 comment:

  1. semoga dia menjadi anak yang soleh, insyaallah.. =)

    psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

    ReplyDelete

nuffnang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails