nuffnang

Perjalanan Di awal Tahun

Bukit Melawati Kuala Selangor.


















 Kali terakhir kami ke sini adalah dalam tahun 1995. Masa tu masa tu ada seorang anak je yang baru berumur 3 tahun. Masa amat cepat berlalu dan cuma sekarang berpeluang untuk menziarah kembali ke sini bersama anak-anak yang lain.

Di sini terdapat penambahan tempat tarikan yang baru iaitu galeri ikan air tawar. Terdapat koleksi ikan air tawar dan juga alatan yang digunakan untuk menangkap ikan air tawar. Galeri ini tidaklah begitu memberangsangkan tetapi boleh menjadi panduan anak-anak yang tidak pernah melihatnya.

Di Bukit Melawati tidak bnayak berubah. Hampir sama seperti dulu terutama monyet-monyet yang "jahat" merampas plastik bekas makanan.

Menakjubkan juga kerana monyet-monyet tersebut tidak menggangu peniaga-peniaga yang berniaga disana. Sebaik saja plastik jualan tersebut bertukar tangan kepada pembeli, monyet-monyet itu akan mula aggresif merampasnya.

Bila kami tanya kepada peniaga tersebut kenapa monyet itu tidak rampas dari mereka, mereka kata " Kami sudah jampi iti monyet"!


No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails