nuffnang

Hari Raya Aidil Adha

27.11.2009 Aidil adha kembali lagi. Tahun ini kami menyambutnya di rumah mak di Negeri Sembilan. Selepas menunaikan solat sunat di masjid Kg. Mentaus, kami bergerak ke tanah perkuburan untuk menziarahi kubur arwah abah. Terasa sayu di hati, ini kali kedua kami menyambut raya tanpa abah. hari ini juga genaplah 3 bulan 2 hari abah kembali ke rahmatullah. Impianku untuk menghadiahkan abah sebuah al quran bagi bekalannya di sana masih belum terlaksana. Hingga ke hari ini aku hanya mampu menghabiskan 14 juzuk sahaja. Insyaallah aku akan tetap akan menamatkannya untuk abah.
Mak masih berkabung dan tidak mahu keluar dari kawasan rumah sehingga tamat edahnya selama 4 bulan 10 hari, Jadi keinginanku untuk membawanya tinggal di bangi sepanjang cuti sekolah ini pasti tak tercapai.
Memandangkan aidil adha ini jatuh pada hari jumaat maka dikebanyakkan masjid tidak menjalankan ibadah korban nya hari ini. Insyaallah kami akan melaksanakan ibadah ini esok di Temerloh. Kakak tidak kembali menyambut hari raya bersama kali. Kakak terpaksa berkorban demi spm yang masih belum usai.walau pun sayu rasa hati tapi kami tahu bahawa kakak boleh survive di sana.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails