18.11.2009 SPM bermula hari ini. Aku sampai di Jenan seawal pukul 7.30 pagi. Kebanyakkan murid dah berkumpul di dewan dewan, dgn muka yang pucat dan resah. Tidak kelihatan muka anak perempuan ku dimana-mana. Kejutan yang nak aku buat untuk hadir di hari peperiksaannya telah diketahuinya lebih awal...walau pun dia tidak pasti akan kehadiranku tetapi dia tetap berharap yang aku akan sampai.
Semua kawan-kawan anak ku datang memeluk aku, mohon restu dan kekuatan untuk menghadapi SPM ini. Ramai yang menitis air mata apabila aku maklumkan kedatangan aku ke sini untuk mengiringi mereka masuk ke dewan dan mewakili ibu-ibu mereka yang tak dapat hadir hari ini. Sekurang-kurangnya aku tahu bahawa kedatangan ku memberikan lonjakan semangat kepada mereka, kerana hanya aku yang hadir selain dari guru-guru mereka.
Aku menunggu mereka di luar dewan sehinggalah mereka tamat menjawab ketiga-tiga kertas dalam pukul 4.30 petang. Kepada anak ku inilah pengorbanan mama dan semua ahli keluarga yang mahukan kakak berjaya.
No comments:
Post a Comment