Kami berjumpa dengan keluarga pengantin lelaki di sebuah gerai lemang panas di Bentong untuk makan tengahari. Masakan digerai ini amat menyelerakan dengan menu masak lemak daging salai, ikan bakar dll. Istemewanya ada menyediakan lemang panas yang ummmph!!! Gerai ini terletak di sebelah kiri jalan menghala ke Raub selepas pekan Bentong.
Perjalanan yang santai tanpa terkejar-kejar. Kami tiba di Kota Bharu jam 8.00 mlm. Tempat penginapan telah disediakan (Terima kasih Dato'!). Di sini kami di raikan oleh kawan lama semasa belajar di Sekolah Sulaiman. Kali terakhir kami bertemu dalam sekitar tahun 1983 sewaktu menuntut di ITM.
Iringan |
Perbincangan |
Tumpuan selepas perbincangan |
Terima kasih kepada En. Huzailin atas keraian yang tuan berikan kepada kami. Sempat juga kami dibawa menziarahi Ustaz Ismail yang kini menetap di Pasir Putih. Masih sihat dan ceria bercerita tentang masa lampau. Terdetik pada saya bahawa salah satu kegembiraan seorang guru adalah bila bekas anak muridnya masih mengingati dan sudi menziarahi sewaktu mereka berada di usia persaraan.
Bersama Huzailin |
Kepada kawan yang tidak sempat di ziarahi, kami mohon maaf. Tiada rezeki untuk kita bersembang dan bercerita setelah sekian lama tidak bertemu. Telah terlalu hampir tapi tiada rezeki untuk berjumpa.
No comments:
Post a Comment