nuffnang

Dongeng Si pari-pari

Adam sudah hampir berusia 7 tahun, pada usia begini kebanyakkan kanak-kanak akan mula kehilangan gigi susunya. Begitu juga adam. 2 minggu lepas 2 batang gigi hadapan bahagian bawah mulai goyang. Tiba-tiba ketika begitu enak menikmati keenakkan roti john adam perasan giginya telah hilang sebatang, puas dicari tidak dijumpai. Andaian kami adam telah tertelan giginya bersama roti john. Adam rasa sedih, kerana katanya, dia tak dapat meletakkan giginya yang tertanggal supaya bolehlah pari-pari gigi ( tooth fairy) datang mengambil giginya dan menggantikannya dengan duit.
Yang kelakarnya dimanakah anak yang mendapat pendidikan di TADIKA PASTI ini mendapat versi cerita dongeng ini. Aku ketawa sendirian bila mendengar kedua beradik (adam & alin) berbincang tentang dongeng ini. Yang pastinya aku tidak pernah bercerita pasal ini kepada mereka dan tidak tahu apakah kesudahan dongeng ini.

2 minggu kemudian, gigi adam yang sebatang lagi menjadi sangat goyah, jadi seperti biasa mamanya ini bertindak sebagai dentist tak bertauliah dan mencabutnya menggunakan tangan dan tisu (anda berani berbuat begini????) ini adalah langkah penjimatan belanja. ( Bil dentist mahal tuuuu). Adam sangat excited dan membungkus giginya dan meletakkannya di bawah bantal dan berharap agar tooth fairy datang dan mengambil giginya itu...endingnya lupalak aku nak tanya dan aku juga lupa nak tanya kemana gigi itu pergi, mungkin telah dibakulsampahkan apabila aku menyapu.

Jumaat lepas, kami ingin menonton filem adnan sempit di alamanda sebagai meraikan harijadi alin pada 30 Jan. Wah dah besar anak dara kecil ku ini, sekarang telah menginjak 9 tahun, Happy Birthday sayang. Malangnya begitu ramai orang nak menonton filem tersebut. Sesampainya kakak di kaunter tiket selepas beratur panjang, hanya tinggal seat yang terpisah sahaja. Jadi, kami terpaksa membuat pilihan untuk menonton filem The Tooth Fairy lakonan The Rock. Selain adam ingin menonton filem ini, mamanya juga begitu teruja untuk tahu apakah dongeng ini sebenarnya.

Kami mendapat seat paling hadapan. Kalau dulu harga tiketnya jauh lebih murah. Very interesting filem. Kami enjoy sesangat and gelak sampai habis. Malangnya tengkuk dan bahu sangat sakit kerana terpaksa mendongak. Pengajaran yang boleh diambil ialah. book tiket online dan jangan sesekali duduk kat seat paling hadapan.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails