nuffnang

Ke Kedah lagi!!



Selepas dua minggu saya kekedah lagi untuk memantau anak lelaki saya yang akan meghadapi peperiksaan akhir tahun. Disamping itu dapat memberi perangsang dan sokongan moral kepada kakak yang akan menghadapi SPM pada 17 November nanti.

Petang tadi saya perg kepasaraya Aneka kat pekan Jitra untuk membeli barangan keperluan untuk kakak. Saya membeli sebotol air mineral SPRITZER 1500ml. Harga yang di tampal pada botol tersebut adalah RM1.20. Bila saya mentemak resit bayaran harga yang di cetak adala RM2.20. saya mengutarakan perkara ni kepada juruwang dan dia memeriksanya semula dan memaklumkan sistem beliau merekodkan harganya adalah RM2-20 dan harga yang ditampal itu adalah silap. Teringat saya situasi yang dialami ole saudara mazidul di http://mazidulakmal.blogspot.com/2009/10/periksa-bil-jika-ke-giant-kota.html saya memnta penjelasan dari pihak customer service. Wanita yang bertugas itu menyatakan bahawa itu adalah kesilapan pekerja bangla yang meg"tag" tanda harga. Saya insist harga yang di tampal dan lebihan bayaran perlu dikembalikan. Wanita itu meminta pekerja bangla tu memulangkan kepada saya RM1 dari poketnya sendiri dan tiada permohonan maaf. Berapa ramai org jitra yang telah mendapat maklumat yang salah tentang harga barang di ANEKA ??

Bye Negeri Kedah.






Selepas menghantar anak-anak kami kembali ke asrama serta dengan pelbagai pesanan, kami bertolak balik keSelangor.

Beraya di Kedah (masih lagi syawal)






Guru kelas anak kami (Pn Basirah) telah mengadakan jamuan untuk anak-anak muridnya yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada November nanti merangkap jamuan hariraya. Kami juga dijemput hadir. Pada asalnya kami bercadang untuk singgah sekejap sebelum kedestinasi lain tetapi tuan rumah telah menyediakan makan tengah hari dan untuk tidak melukakan hati tuan rumah kami dengan rela memenuhi tawaran tersebut.

Rumah guru tersebut adalah di Kg Pisang dalam daerah Kubang Pasu. Lebih kurang 20Km dari pekan Jitra. Cadangan untuk menziarahi anak saudara di Tunjang terpaksa ditangguhkan kemasa yang lain kerana kesuntukan masa. Petang ni kena balik Selangor!!

Berkunjung Ke Kedah.






16 October yang lalu adalah hari ulangtahun kelahiran anak sulung kami. Dia masih belajar dan tinggal di asrama. Pada 17 oct kami merancang untuk memberikan satu jamuan hari jadi yang tentunya amat mengejutkannya. Dengan kerjasama kawan-kawannya yang sanggup berkonspirasi jamuan kejutan tersebut telah berjalan dengan lancar. Jamuan diadakan di sebuah rumah yang yang di tawarkan oleh seorang guru anak kami (Terima kasih banyak-banyak) sebagai tempat menginap pada hari tersebut.

Anak kami telah berjaya diyakinkanoleh kekawannya untuk mengikut mereka untuk ziarah kerumah seorang rakan sekolah dan berakhir dengan kejutan yang amat tidak disangka kerana parent dan adik-adiknya datang all the way dari selangor untuk meraikannya. Selamat ulang tahun kelahiranmu our Princess.

Masih Ziarah raya





Hari minggu lepas, saya dan sepasang anak berziarah ke Janda Baik, Pahang. Janda Baik sekarang ni dah amat jauh berubah dari segi cuaca, pendudukserta taraf kehidupan. Saya mula datang ke sana pada lewat tahun 70an. Cuaca, pada waktu tu amat sejuk dan nyaman. Masa tu masih sekolah lagi. Saya ada eluarga angkat disana dan masih salin menziarahi sehingga kini.

Anak-anak saya amat enoy dengan sungai disana. Kalau boleh setiap minggu mereka ajak pergi. Sekarang ni banyak tempat-tempat penginapan yang telah di bangunkan untuk para pengunjung. Pada hari minggu dah crowded pulak!!

Awal cuti sekolah nanti, cucu pertama mak angkat saya akan berkhawin. Insyallah kami akan cuba datang awal sehari !!

nuffnang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails