nuffnang

35/366, Dah 35 hari berlalu bagi tahun 2012, Blog ini telah lama tidak di "update". Kali terakhir semasa pendaftaran kakak ke UiTM. Sebelum tahun baru cina yang lalu kakak telah menamatkan semester satu di UiTM, bermakna satu semester tak update blog!!





Frazer hill merupakan kawasan tanah tinggi yang terletak di Negeri Pahang. Merupakan tempat yang nyaman dan tenang berbanding dengan Cameron Highland dan Genting Highland. Terdapat dua laluan untuk ke Frazer hill ini.pertama melalui negeri selangor. Memandu ke arah Rawang dan seterusnya ke Kuala Kubu. Dari Kuala Kubu, ketika mengharungi laluan berliku menghala ke Frazer Hill kita dapat melihat beberapa tempat bersantai yang menarik dengan anak sungai yang mengalirkan air yang jernih. Bagi mereka yang datang dari kawasan Temerloh, Raub, Bentong dan yang berdekatan, laluan menerusi Raub boleh menjadi pilihan. Walaupun jalannya berliku, saya berpendapat laluan ini telah diselenggara dengan baik. Pemanduan disini menyeronokan lantaran kurangnya kenderaan melalui laluan ini.  Kunjungan sehari kesini tentunya tidak mengecewakan!

nuffnang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails