nuffnang

Memorable moments in April And May

Sudah begitu banyak perkara dan peristiwa berlaku di sepanjang bulan April dan May yang tak sempat aku update di dalam blog ini. Aku kesuntukan waktu untuk mengupdate blog hatta untuk melayari internet sekali pun.

15hb. April 2011. Aku berangkat ke Jakarta bersama-sama anak daraku, kakak ipar, anak buah dan neneknya kononnya bagi menghadiri majlis Konvokesyen anak saudara ku di Universiti Trisakthi. Kami sampai di sana dalam pukul 6 petang tetapi suasana di luar airport telah kelam dan hujan renyai. Proses mencari kereta dan tawar menawar berlaku kerana jumlah kami yang ramai tak mungkin memuatkan kami dalam sebuah kereta kecil. Kami mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai ke kediaman anak saudara ku yang terletak di Jakrta Utara di kawasan Grogol. Tak banyak yang dapat dilihat kerana cuacanya yang telah gelap. Kamidikenakan bayaran sebanyak Rp125000. Wah..kalau dalam ringgit banyak ni boleh membeli sebuah rumah semi-D di Jitra. Pelajaran pertama yang diterima ialah bayaran untuk taksi di sana mesti cukup2. Jika kita beri lebih, ianya dikira tips utk mereka. Mereka tidak akan memulangkan bakinya.

16hb. April. Majlis Konvokesyen berlangsung di Jakarta Convention Centre. Aku tidak pergi ke sana kerana hanya 2 orang shj dibenarkan masuk dan anak daraku pula demam sebaik sampai di Jakarta. jadiaku berehat di bilik di rumh tumpangan anak buahku. Aktiviti kami hanya tidur dan membaca novel kerana kami tidak berani keluar bersendirian. Hari ini juga merupakan hari lahirku yang ke 43 tahun. Wah dah semakin tua rupanya aku ni, tapi aku masih rasa muda dan biasa2 aje.

17hb. April. Aku dan yang lain2nya bershopping di Tanah Abang.. Wah, kami betul2 bershopping di sini. Kami libas kiri, kanan depan belakang sesuai dengan iklim Rp yang kami bawa. Sebenarnya tak banyak sangat yg aku beli utk diri sendiri..kebanyakkan yg ku beli adalah utk adik beradik dan kawan2. Maka sehingga ke petangnya Koleksi Rp aku pun menyusut..namun hati puas dan gembira walau pun berat tangan menjinjing plastik.

18hb. April. Lokasi shopping kami pula bertukar ke Mangga 2 hari ini. Kat sini lagi heaven dan aku rasa pilihannya banyak di sini kerana kedai2nya lebih tersusun nak di bandingkan dengan tanah abang. Lagi sekali kami menjalankan aktiviti libas melibas sehingga tak mampu di bawa semuanya. Kami juga terpaksa membeli beg tambahan utk barang2 yang dibawa.

19hb. April. Kami kembali ke tanah air dengan hati yang puas dan gembira. inilah perjalanan shopping ku yang sangat banyak aku rasa. Banyak dari segi bilangan dan duitnya. Aku boleh menghabiskan berjuta-juta sehari ( Ehem...rupiah ya bukannya ringgit ). Kadangkali aku tersenyum sendiri bila membuat perbangdingan. Di Indonesia dengan wang 5000 aku hanya dapat membeli segelas jus buah2an manakala di sini aku boleh membayar down payment kereta atau pergi Umrah...jauhkan bezanya.

1st May. Cuti hari buruh...kami sekeluarga balik ke kg di Temerloh dan Negeri sembilan. Best...

7th May. Sekali lagi kami balik ke kg. di NS kerana ada Majlis Makan Malam bersama Dato' Rais Yatim sempena penubuhan Alumni SK Durian Tipus. Best juga, tapi semua lauk pauk yang dihidangkan termasuk dessertnya berasaskan santan...Hidup org NS ni mmg kerana santan terutamanya sambal masaknya sedap gila.

11th May- Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan kami yang ke 20 tahun. Rupanya sudah lama kami saling kenal mengenali, cinta menyintai satu sama lain...Lebih baik aku bercakap bagi pihak diriku sendiri. Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada suamiku yang telah sudi memilihku untuk menjadi teman hidupnya 20 tahun dulu. Walaupun aku telah mengenalinya sejak tahun 1985 iaitu kira-kira 6 tahun sebelum mendirikan rumah tangga, kami tidak menjalinkan hubungan cinta. Aku mula memupuk rasa cinta yang tidak berbelah bagi untuknya setelah dia menggenggam tangan arwah abah ketika diijabkabulkan.
Alhamdulillah, Allah mengurniakan aku seorang lelaki yang sangat baik, lemah lembut, penyayang, bertanggungjawab untuk membimbingku dan menjadi ayah yang hebat buat anak2 kami. Aku berdoa agar Allah memanjangkan jodoh kami hingga ke akhir hayat dan Allah menetapkan hati ku untuk mencintainya sepenuh hati di waktu susah dan senangnya. 
Pada tarikh ini juga kami dijemput Allah untuk menjadi tetamunya di penghujung May ini. Semoga Allah menerima kedatangan kami yang serba kekurangan ini dan membukakan pintu yang luas untuk kami menunaikan ibadah umrah ini dengan sempurna, insyaallah.

nuffnang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails