nuffnang

Dongeng Si pari-pari

Adam sudah hampir berusia 7 tahun, pada usia begini kebanyakkan kanak-kanak akan mula kehilangan gigi susunya. Begitu juga adam. 2 minggu lepas 2 batang gigi hadapan bahagian bawah mulai goyang. Tiba-tiba ketika begitu enak menikmati keenakkan roti john adam perasan giginya telah hilang sebatang, puas dicari tidak dijumpai. Andaian kami adam telah tertelan giginya bersama roti john. Adam rasa sedih, kerana katanya, dia tak dapat meletakkan giginya yang tertanggal supaya bolehlah pari-pari gigi ( tooth fairy) datang mengambil giginya dan menggantikannya dengan duit.
Yang kelakarnya dimanakah anak yang mendapat pendidikan di TADIKA PASTI ini mendapat versi cerita dongeng ini. Aku ketawa sendirian bila mendengar kedua beradik (adam & alin) berbincang tentang dongeng ini. Yang pastinya aku tidak pernah bercerita pasal ini kepada mereka dan tidak tahu apakah kesudahan dongeng ini.

2 minggu kemudian, gigi adam yang sebatang lagi menjadi sangat goyah, jadi seperti biasa mamanya ini bertindak sebagai dentist tak bertauliah dan mencabutnya menggunakan tangan dan tisu (anda berani berbuat begini????) ini adalah langkah penjimatan belanja. ( Bil dentist mahal tuuuu). Adam sangat excited dan membungkus giginya dan meletakkannya di bawah bantal dan berharap agar tooth fairy datang dan mengambil giginya itu...endingnya lupalak aku nak tanya dan aku juga lupa nak tanya kemana gigi itu pergi, mungkin telah dibakulsampahkan apabila aku menyapu.

Jumaat lepas, kami ingin menonton filem adnan sempit di alamanda sebagai meraikan harijadi alin pada 30 Jan. Wah dah besar anak dara kecil ku ini, sekarang telah menginjak 9 tahun, Happy Birthday sayang. Malangnya begitu ramai orang nak menonton filem tersebut. Sesampainya kakak di kaunter tiket selepas beratur panjang, hanya tinggal seat yang terpisah sahaja. Jadi, kami terpaksa membuat pilihan untuk menonton filem The Tooth Fairy lakonan The Rock. Selain adam ingin menonton filem ini, mamanya juga begitu teruja untuk tahu apakah dongeng ini sebenarnya.

Kami mendapat seat paling hadapan. Kalau dulu harga tiketnya jauh lebih murah. Very interesting filem. Kami enjoy sesangat and gelak sampai habis. Malangnya tengkuk dan bahu sangat sakit kerana terpaksa mendongak. Pengajaran yang boleh diambil ialah. book tiket online dan jangan sesekali duduk kat seat paling hadapan.

PENYAKIT BARU

Sejak minggu lepas, aku telah diserang satu penyakit. Penyakit ini boleh menjadi mudarat yang besar andainya aku gagal mengawal penularannya. Aku kira penyakit ini sememangnya tidak pernah wujud dalam 10 atau 20 tahun yang lalu. Tetapi kini aku kira ianya telah menular dan virusnya merebak dengan pantas dan telah menjangkiti manusia di seluruh dunia tidak kira peringkat dunia.

Kalau dulu hanya orang-orang kaya sahaja yang dijangkiti penyakit ini, tetapi kini ianya boleh menjangkiti manusia samada mereka kaya atau pun miskin. Orang-orang kaya perlu membayar dengan harga yang agak mahal untuk membeli alat yang boleh menyebarkan virus ini kepada mereka, manakala yang miskin pula hanya perlu mendapatkan perkhidmatan untuk mendapatkan virus-virus ini yang telah disediakan di tempat-tempat khas milik kerajaan dan orang persendirian.

Ironinya, manusia sangat phobia mendengar perkataan virus atau penyakit tetapi bagi PENYAKIT BARU ini manusia sanggup belajar dan berusaha untuk dijangkiti. Malah ada yang sanggup mengambil kelas khas agar mereka tidak ketinggalan untuk dijangkiti. Dunia hari ini begitu skeptical, memandang dan melabel bahawa orang yang tidak mendapat penyakit ini adalah manusia kuno, lapuk dan ketinggalan zaman.

Pesakit bagi penyakit ini agak sukar sembuh apabila mereka telah dijangkiti. Dari hari ke hari, penyakit ini akan bertambah kronik kerana tarikan untuk mereka merasai kesakitan ini lebih kuat dari tarikan untuk menyembuhkannya. dari hari ke hari wujud
pelbagai versi penyakit ini, yang mana setiap satunya akan berlumba-lumba untuk memberkan lebih kesakitan kepada pesakitnya.

Awas, penyakit ini boleh mengkucar-kacirkan rumahtangga, boleh merosakkan institusi keluarga, sosial, mental dan spiritual. Malah yang lebih dahsyat lagi ia boleh merosakkan jiwa dan negara jika tidak dapat dikawal dengan baik....

Penyakit ini ada p elbagai nama seperti facebook, avatar, ym, you tube, chatting, surfing, internet, blogging dan lain2 yang seangkatan dengannya. Aku juga telah dijangkiti namun masih dalam had yang sangat terkawal..........

KELAM KABUT

21st January 2010 - This is the third week of school. Banyak perkara yang masih kelam kabut dalam hidup seharianku. Thanks God, kakak yang sedang bercuti sangat banyak membantu menguruskan adik-adik ke sekolah. Setakat ini aku telah bertukar jadual waktu dan waktu persekolahan juga telah diawalkan ke pukul 7.20 pagi. Ini bermakna aku mesti sampai ke sekolah sebelum 7.15pg. Gila betul, kadang kala waktu ni masih gelap lagi especially bila nak turun tangga.
Depan sekolah jalan jammed tak habis-habis. Dulu, aku cuma ambil masa 5 minit untuk sampai ke sekolah. Tahun ni terpaksa ambil masa 15 - 20 minit pulak untuk sampai. Macam-macam ragam manusia yang ada kat depan sekolah tu. panas baran, selfish, sombong, toya, skema dan sebagainya.
Masuk ke kelas pun dadaku jadi sesak. Bilangan murid yang terlalu ramai dalam satu kelas. Pertambahan murid tahun ni meningkat hampir 90%. Semua parents berebut nak hantar anak-anak ke sekolah baru, ada juga yang sanggup menipu alamat.
Hidup aku jadi kelam kabut. kadangkala hari selasa tertenggok jadual hari Isnin. Dah termiss kelas. Samada aku dah makin tua atau pun kerjaya ni semakin susah dan aku jadi keliru. Adakah aku masih cikgu atau apa, kerana kadangkala aku buat kerja kerani, tukang sapu, jururawat, pegawai banci, pegawai kebajikan masyarakat, supir, doktor, ahli psikitrik, operator hatta bibik sekali pun.
Ya allah, berikanlah aku kekuatan untuk aku meneruskan kerjaya ini sehingga ke usia 55. (Nasib baik sign for 55). Tunjukkanlah aku jalan yang lurus, berkatilah rezekiku. Dan janganlah kau biarkan aku terlalai dengan urusan dunia yang akan aku tinggalkan ini dan berikanlah aku kekuatan untuk mengumpul harta yang akan kubawa ke tempat abadi. Aminnnnn.....

Dari Tadika ke Sekolah Kebangsaan.



Walaupun telah 2 minggu bersekolah, entry tentang persekolahan ini tidaklah terlalu lewat. Anak bongsu kami memulakan persekolahan pada tahun ini. Alhamdulillah tiada masaalah kerana telah pun biasa ke tadika selama dua tahun.

Permulaan persekolahan ini telah mengembalikan kenangan lama sewaktu saya sendiri memasuki alam persekolahan. Pada ketika awal persekolahan saya, sekolah aliran inggeris menjadi pilihan sebilangan parents termasuklah ayah saya. Anak kampung bersekolah inggeris ! perh ! banyak masaalah. Sekolah amat jauh dari rumah dan perhubungan masih lagi primitif berbanding masakini. Di hari pertama pendaftaran ke sekolah saya dan dua orang kawan tidak ditemani oleh ahli keluarga tetapi hanya di hantar oleh pemandu bas sekolah bernama Ah Chat. Setelah hampir 2 minggu bersekolah barulah ayah saya datang untuk bayar yuran sekolah. Banyak jasa driver bas tu kat kami, bila bas rosak dan lambat sampai ke sekolah, dialah yang jumpa cikgu. Selepas dua tahun di sekolah ingeris tu, saya balik sekolah kat kampung sebab banyak masaalah. Walaupun begitu saya masih mengingati beberapa nama kawan-kawan dan cikgu semasa disekolah itu antaranya : Mubin (meninggal dunia, lemas di air terjun), azharudin (rumah dia tepi jalan dekat je dgn sekolah, masa balik selalu nampak dia dari dlm bas) Tarun Gosh (dia tak kenal pun saya, saya mengingatinya kerana semasa mula masuk sekolah jumpa dia dan dia bercakap dalam bahasa yang tak saya faham, nampak hebat, anak seorang doktor). Salah seorang yang sama dalam darjah satu telah berjumpa semula dalam tahun 2005 ( tak ingat pun tapi bila becerita, semuanya menjurus kepada tempat yang sama).

Selain dari kawan sekelas, saya masih mengingati beberapa orang cikgu antaranya
Puan Zabariah Zakaria (dia mengajar BI semasa darjah 2, satu ayat yang masih saya ingat "Kalau nak jadi cikgu, belajarlah rajin-rajin" sambil mencubit kulit perut) mungkin disebabkan tak rajin saya tak jadi cikgu. Suami beliau cikgu Saifulzaman (dia tak mengajar saya pun tapi diingati kerana dia berambut putih sebagaimana Sultan Azlan Shah sekarang).

Last but not least, is my gurubesar yang di kenali sebagai Mr. Ismail. Beliau melakar sejarah yang tersendiri dengan mengerjakan haji kemekah melalui jalan darat. Mereka (Mr Ismai, isteri, mak mertuanya, dua org dari sabah -yang saya ingat) menggunakan van volkwagon memandu dari Bentong Pahang ke Mekah melalui jalan darat. Perjalanan tersebut telah dibukukan, tak tau boleh dicari lagi tak!!

Pengalaman ini diceritakan kepada anak-anak saya sebagai panduan dan motivasi.

Lumut Perak


Jeti Lumut adalah tumpuan bagi mereka yang hendak ke Pulau Pangkor. Lumut luga merupakan pelabuhan bagi angkatan TLDM. Jika bersiar siar di pekan Lumut, akan kelihatan para anggota TLDM yang beruniform. Apa yang menjadi nostalgia kami adalah perjalanan untuk ke Lumut itu sendiri.














Dulu kami dan ramai lagi penduduk sekitar Damar Laut akan menggunakan perkhidmatan feri atau bot penambang untuk keLumut. Pada masa kini,Lumut di hubungi dengan jalanraya yang agak baik melalui pekan manjung. Jambatan telah dibina untuk menyeberangi sungai-sungai yang dulunya adalah penghalang perhubungan. Cawangan UNIKL juga terdapat disini.

Walaupun begitu, perhubungan melalui feri masih wujud dan masih menjadi pilihan. Jeti baru telah dibina menganjur jauh ke Laut.

Teluk Senangin , Perak






Selepas menghantar kakak ke Educamp di UTP Tronoh, kami pergi ke Teluk Senangin. Teluk Senangin ini merupakan tempat yang amat menarik dan cantik. Kali terakhir kami ke sana adalah 12 tahun yang lalu sewaktu kakak berusia 6 thn dan bangah setahun lebih. Pada kali pertama keteluk senangin dahulu, hanya terdapat kira-kira 15 buah rumah nelayan. Tiada bekalan air dan letrik malah jalan masuk juga hanya melalui denai hutan simpan. . Seorang kawan yang berkerja di pejabat mardi perak telah mendapat sebidang tanah di sana.Pada awalnya dia hanya membina sebuah pondok beratap rumbia dan menggunakan air perigi yang payau dan masam tanah gambut. Sebelum sampai ke Teluk senangin kami akan singgah di Pasar Batu Gjah untuk membeli barang keperluan.

Tapi sekarang semuanya telah berubah. Pasar Batu gajah tu dah tak dapat kami cari. Jalan menuju ke Teluk senangin adalah empat lane, boleh pecut. di Teluk senangin pula terdapat banyak chalet yang baru dan indah. Pantainya masih cantik dan indah tetapi telah mula kotor dengan sampah sarap (harga sebuah kemajuan!!!)

Kawan kami yang lebih di kenali sebagai Pak Long Kamal masih ada dan mengusahakan chalet yang unik. Dia semakin tua tetapi masih gagah dan bersemangat untuk mengekalkan Teluk Senangin seperti sediakala. Manakala maklong telah uzur disebakan diabetes. Walaupun begitu, mereka masih ramah dan permurah seperti dahulu!! Semuga allah memberkati tuan sekeluarga!!

Jika hendak ke Teluk Senangin sekarang ni amat mudah, Dari exit Gopeng menuju ke Batu Gajah (tanpa melalui pekan Batu Gajah pun) menghala ke Bandar Baru Iskandar (Dulu tak ujud pun !!) Terus menghala ke Taiping, Pantai Remis dan Segari. Anda akan melalui Swiss Garden Resort sebelum sampai ke Teluk Senangin dan boleh cari Pak Long Kamal yang sedia membantu!!

Kuantan, Pahang.

15 Dec 2009.




Kami sampai di Kuantan dalam pukul 9.00 malam. Memandangkan kami telah lewat sampai, kami makan malam di gerai dekat kawasan cerating. Perh! mahal gila 4 org makan RM57-00.
Apabila sampai ditempat penginapan,anak kami dan sepupunya telah di bawa menonton wayang oleh pak saudaranya. Kepenatan dan tidur.

16 Dec 2009





Pagi-pagi lagi semua bebudak berkumpul di kolam mandi. Selepas sarapan yang amat memuaskan di Seri Malaysia, kami bertolak ke Tg. Lumpur untuk menyaksikan pamiran Dianosour. Atas permintaan anak-anak yang hendak mandi laut, kami menginap pula di Budget resort di Balok.


Tahun 2010




mentari merah di ufuk Langkawi



Hari Jumaat, 1hb January 2010, kami berada di Jitra Kedah. Disamping menghantar abang ngah ke asrama, sempat juga ziarah kawan-kawan lama di Padang melangit dan makan malam di Kuala perlis.

Hari sabtu, 2hb januari selepas menghantar bang ngah keasrama, kami akan bertolak balik ke Bangi. Pengalaman yang lalu mengingatkan kami agar tidak berada di jalanraya pada hari minggu di minggu akhir cuti persekolahan. Kami meninggalkan bandar Alor Star sekitar jam 2.30 petang dan sampai alhamdulillah selamat tiba di Bangi jam 8.00 malam.

Dalam empat minggu terakhir ini kami telah melakukan perjalanan darat yang amat meletihkan merentasi dari Bangi ke utara dan kepantai timur sejauh 4500km. Perhh!!
ini tak mungkin dapat diulangi lagi

nuffnang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails