nuffnang

Hari Terakhir 2009





31.12.2009 (Khamis)merupakan hari terakhir 2009. Empat perkara besar berlaku dalam hidup ku hari ini, yang akan dikenang sampai bila-bila.


(1) Hari ini merupakan hari orientasi tahun 1 bagi sessi 2010. Adam, anak bongsu ku telah melangkah ke tahun 1. Sekejap sungguh masa berlalu, rasanya baru semalam aku diangkut ke hospital Seremban kerana tekanan darah tinggiku naik mendadak dan Adam terpaksa di induce untuk keluar dari kandungan untuk keselamatan ibu dan anak. Masih terasa sakit aku bertarung di labour room untuk melahirkannya. Alhamdulillah dah besar anak bujang kecik ku ini. Doaku semoga adam terus menjadi anak yang baik dan berakhlak mulia.



(2) Hari ini juga anak sulungku, kakak ditawarkan tempat untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Petronas dalam bidang Mechanical Engineering. Tawaran ini adalah untuk fast track program yang mana mereka akan mengikuti kuliah sebelum keputusan SPM keluar. Syukur ke hadrat Allah. Namun yang menjadi dilemmanya ialah kakak kurang berminat dalam bidang engineering tetapi dia lebih berminat dalam bidang yang lain. Dalam hal ini kami tidak mahu membuat pilihan. biarlah yang empunya diri membuat pilihan, kami hanya menasihati dan memantau.



(3) Hari ini aku memakai baju sutera ready made yang ku beli di KT dulu. Berwarna fuschia dari jenis siffon dan satin. Cantik. Aku bergaya sakan hari ini untuk menerima pendaftaran masuk murid-murid Pra-sekolah 2010. Petua yang ku terima dari orang lama, hari pertama jumpa anak murid kena pakai lawa-lawa dan wangi-wangi untuk bagi first impression yang baik pada mereka. Malangnya tanpa aku sedari baju yang ku pakai terbalik. Aku hanya menyedarinya dalam perjalanan balik dari sekolah. Aku kira tiada orang lain menyedarinya juga kerana tak ada sesiapa pun yang menegurnya walau pun ramai yang membelek baju tersebut. The moral of the story is.... kalau kita pakai cun-cun orang tak perasan sangat dengan kesilapan seperti ini. Ha..ha.. Ini sebab excited sangat nak pergi sekolah dan bersiap dalam gelap.
(4) Selepas balik dari sekolah, kami bergegas pula ke Kedah untuk menghanta bang ngah yang akan memulakan sekolah sabtu ini di tingkatan 2. Doa aku semoga abang ngah lebih berdisiplin, belajar bersungguh-sungguh dan menunjukkan peningkatan yang lebih memberansangkan dalam pelajaran.

Taman Tamadun islam Terengganu













Antara replika masjid yang dikunjungi.

Di Terengganu



Pasar payang dari luar





Istana Maziah



Bas Bandar "Cas Ligas" yang unik



Antara pengunjung di surau Pasar payang.

Kami berada di Terengganu pada hari yang
kedua. Pada hari ini kami akan ronda-ronda pasar payang dan sekitar pekan Kuala Terengganu. Selepas itu kami ke masjid kristal yang terkenal tu dan seterusnya melawat taman tamadun islam dimana di kawasan ini dibina replika masjid yang terdapat pada setiap negara didunia.

Replika masjid-masjid ini amat menarik dan dapat memberi pengetahuan tambahan kepada para pengunjung dengan adanya tayangan video berkenaan dengan masjid yang terpilih. Kawasan yang perlu di kunjungi agak luas dan waktu tengahari bukanlah masa yang sesuai kerana amat meletihkan.

Pada petang yang sama kami perlu bertolak ke Kuantan kerana dua orang anak kami yang telah tamat menyertai program thafiz dan mengaji di Temerloh akan dibawa oleh adik ke Kuantan. Kami akan bertemu di Seri Malaysia Kuantan. Sebelum keKuantan kami mengunjungi rumah kawan anak kami di Pulau Duyung. Laksa dan keropok ikan bergoreng yang dihidangkan amat menyelerakan. Dah tu dapat pula bekal untuk makan di perjalanan nanti. Alhamdulillah, terima kasih Q nanti kami datang lagi!!

Terengganu Darul Iman

Anak buah kami bersekolah disini. Ibubapanya di Labuan,perh!! jauhnya!





Selepas 2 malam di Kelantan, kami meneruskan perjalanan ke kuala Terengganu. Sebelum itu, cikgu along yang berada di besut di hubungi untuk menjadi pemandu pelancong dan menguruskan penginapan di sana.
Kami sampai di rumah along di Kg. Raja, Besut dalam pukul 10 pg dan dihidangkan dengan nasi dagang dan laksam..best gila. Kemudian kami ke KT di temani oleh along dan maknya yg cun. mcm adik beradik je anak dan ibu ni!!. Tempat pertama yang dikunjungi di KT ialah tempat yang paling bersejarah di sini iaitu Stadium runtuh.
Adam : Ma, kenapa jadi macam ni ?
Mama ; Stadium ni runtuh.
Adam : Kenapa dia runtuh ?
Abah : Kena pijak altroman.
Adam : Itulah, adam dah cakap altroman tu memang wujud, tapi mama dan abah tak caya.
Itulah pendapat adam yang membuatkan kami ketawa.

Melawat stadium yang bersejarah.


Pengalaman aku melawat Terengganu pada tahun lepas menyebabkan aku tidak mahu membeli apa-apa di pasar payang yang sangat mahal. maka kami telah bersetuju untuk membeli belah di desa murni. Sesampainya kami di sana kami pun mulalah memilih barang 2 yang dikehendaki sehinggalah suamiku menelefon mengatakan pintu utama kedai tersebut telah ditutup tapi kami masih belum keluar.. Kami tak tahu pun bahawa kedai itu akan ditutup pukul 7.00 pm. Maka kamilah orang terakhir yang berjalan keluar dari kedai tersebut. He..he malu sungguh.

Tengok tu!! pintu dah tutup tapi tak ingat nak keluar lagi!!!



DARI PANTAI BARAT KE PANTAI TIMUR


"Killer"



Tuan Rumah yang amat pemurah.



Entry berkenaan perjalanan ke Pantai timur terhenti di Kelantan di sambung kembali. Di Kelantan, kami menginapdi Pasir Putih selama dua malam. Semuga allah memberi rahmat kepada tuan rumah yang amat baik dan berbudi tinggi. Anak bongsu kami, adam amat teruja dapat menunggang kuda peliharaan tuan rumah. Pelbagai binatang peliharaan terdapat dalam koleksi antaranya sembilan ekor kuda (2 darinya adalah kuda lumba) "killer" siburung helang dan "shadow" siburung hantu yang bebas tetapi akan datang tepat pada waktu untuk makan.

Selepas ini kami akan bertolak ke Terengganu melalui Besut. Sebelum bertolak, kenalan dari bangi yang kebetulan ada tugasan di Pasir Putih datang menziarah kami. Terima kasih atas ingatan tuan.

Family gathering






Pada ketika cuti krismas yang lalu ramai ahli keluarga yang dapat bercuti panjang. Kami mengambil kesempatan cuti yang panjang itu untuk mengumpulkan adik beradik serta anak-anak. pertemuan dibuat di rumah adik bongsu di Denai Alam, Shah Alam. Sedikit kenduri doa selamat sempena perpindahan adik bongsu kerumah baru beliau dan juga tahlil aruah untuk aruah abah yang telah meninggalkan kami pada awal ramadan yang lalu. Seramai tujuh adik-beradik bersama mak dapat dikumpulkan, manakala tiga lagi tidak dapat menyertai lantaran tanggungjawab keatas keluarga masing-masing.

Disamping dapat mengeratkan silaturahim antara sanak saudara, dapt juga ahli keluarga yang lebih senior berpesan-pesan dan saling menasihati terutama untuk anak-anak saudara. Semuga di waktu yang lain dapat lagi dipertemukan keluarga yang besar ini dalam majlis yang seumpamanya.

Kelantan Darul Naim

12/12/2009 Sabtu. Slps check out dari BRR, perjalanan diteruskan menuju ke Kelantan. kami diingatkan untuk berhenti di kawasan yang dinamakan Titiwangsa untuk berehat kerana menurut ceritanya tempat ini sangat cantik, nyaman dan berada di puncak banjaran titiwangsa.



R&R Titiwangsa ini tepat seperti yg digambarkan. kami sampai dlm pkl 12.30 tengahari, matahari bersinar terik namun, udara sejuk bertiup nyaman. Pemandangan di sekitar lembah di tepi R&R ini, subhanallah, sgt cantik dan indah. Kami pun tak melepaskan peluang untuk merakamkannya.

Selepas itu kami meneruskan perjalanan tanpa henti hinggalah samapai ke kawasan UITM, Machang untuk mengisi perut. Alhamdulillah, tom yam, daging masak merah, telur bungkus dan kailan ikan masin di sini tidak mengecewakan dari segi rasa tetapi agak mahal jika nak dibandingkan dengan harga di Bangi.

Akhirnya kami sampai di destinasi penginapan kami di Kg. Telipuk, Pasir Putih. Tuan rumah iaitu Abg Zek dan Kak Yati sebenarnya adalah kawan karib abang aku, namun keakraban mereka ini telah menyebabkan kami menganggap mereka sebagai keluarga. maka jika ke Kelantan di sinilah destinasi kami adik beradik.

Selepas asar kami bergerak ke kawasan Tok Bali dan juga melawat kawasan Sudara Beach Resort. Pemandangan kedua-dua tempat sangat indah terutama di waktu senja. Kami pernah ke tempat ini kira-kira 10 tahun yang lalu. Kawasan Tok Bali ini belum dibangunkan sepenuhnya tetapi Sata yang dijual di sini, masih lagi enak.

Esok kami bercadang untuk ke Kota Bharu bagi melawat pasar Siti Khadijah, Buluh Kubu dan semestinya Wakaf Che Yeh. Pemandu pelancung, Cikgu Rusni dan Cikgu Lela dihubungi tapi hanya Cikgu Rusni sahaja yang free esok.

BELUM RAINFOREST RESORT

Kami sampai di Belum Rainforest Resort No. Tel: 059716800 pada pukul 5.30 petang. Hotel yang sangat cantik, di atas Bukit menghadap tasik banding yang Indah. Hotel ini adalah salah satu projek EMKAY. Isshh kaya betul pakcik ni propertynya ada di seluruh Malaysia, Asian dan Dubai. Aku bangga gak sbb ada gak org Melayu yang kaya mcm ni.Menginap di sini kami ada masalah untuk makan malam kerana pada malam ini hotel hanya menyediakan buffet berharga RM35 seorang. Di luar kemampuan kami. walau pun mungkin kami boleh membayarnya, tapi kami rasa kemampuan perut kami berempat cuma bernilai RM20 keRM30 je. Ini suatu pembaziran.

Kami pergi makan di kawasan jeti awam terletak 1km dari sini. hanya ada 1 restauran sahaja. kami tiada pilihan. Kesilapan terbesar aku ialah lalu di blkg restauran tersebut. Aku boleh lihat ayam di letakkan di blkg kedai tidak bertutup dan lalat banyak di atasnya. Aduh, tekak ku berasa kembang tapi aku tiada pilihan. nasib baiklah nasi goreng yang ku order tidak mengandungi ayam.Aku tak dapat menghabiskan nasi goreng tersebut atas dua sbb : pertama nasinya mentah, kedua: gmbrn di blkg restaurant itu menghantui ku...aduh, cukuplah sekali aku mengalaminya.
Esok kami akan breakfast di hotel dan meneruskan perjalanan ke Pasir Putih.

Banyak aktiviti menarik kami boleh buat esok sblm bertolak balik. antaranya island hopping, fishing, bamboo rafting, jungle tracking, dll lagi. Kami bercadang untuk mengikut aktiviti island hopping esok. Setelah diperbincangkan kami batalkan atas beberapa sebab : 1) 2 org lagi anak kami tidak turut serta. Tak best, fmly members tak ckp. 2)Harganya untuk 4 orang, melebihi harga untuk 1 bot 16 orang ke Tasik Dayang Bunting.3) Aku memang agak seram untuk berada di tasik / lombong seperti ini. Aku selalu membayangkan hidupan airnya seperti buaya besar, anaconda, naga dan even dinosour (opps...dinosour hidup dalam air ke?). tidak...aku selalu berdoa untuk tidak mati dalam air (lemas) atau kemalangan. Ngeri. Kalau boleh biarlah aku mati tersenyum di atas katil. (Ishh, macam cerita P.Ramlelah pulak).

Banyak gambar telah di ambil, tapi tak dapat nak diuploadkan lagi kerana capaian broadband di sini agak slow. tapi ok gaklah celcom bb ni..kat tengah hutan ni ada gak taliannya ya...

TASIK BANDING HERE WE COME !

11.12.2009 FRIDAY :
Kami mula mengambil barang-barang kakak dalam pukul 9.00pg. Mak oii, apa sahaja yang telah dikumpul oleh anak dara ku ini sepanjang 5 thn di sini. Brt sungguh muatan belakang Suzuki Apv kami. Kami terpaksa meninggalkan 2 buah kotak buku di rumah Che Nah ( Kerani sekolah Jenan yang sanggggat baik hati dan berjasa kepada semua yg pernah menghuni jenan ).
Perjalanan kami untuk menawan laluan Timur Barat bermula pada pukul 11, dengan jangkaan bhw kami akan sampai di Tasik Banding (TB)pada pukul 3 petang. Namun Allah menentukan di Km 74.7 arah ke Selatan,kereta semua berhenti di jln raya. Jln sesak di jangka ada berlaku kemalangan di hadapan. Setelah merangkak selama 1 jam barulah laluan berjalan lancar. Punca jalan jam disebabkan sebuah lori gula terbalik.(Lepas ni ramailah yang menghidap kencing manis di sini). Aku teringat dulu pernah terjadi sebuah lori membawa kerang terbalik di hadapan kg. Sg. Choh (1993), Rawang. di bulan puasa kalau tak silap. habis 1 kampung berlaukkan kerang pada hari tersebut. Kami mendapatnya setelah diberi oleh jiran.
Perjalanan kami terhenti lagi untuk abang menunaikan solat jumaat di Masjid Al'Ula, Mukim Teloi Tua, Daerah Sik. Selepas stgh jam kami berhenti lagi untuk mengisi perut di Simpang ke Gerik (kanan) / Butterworth (Kiri)selepas jambatan sg Ketil. Selepas kenyang, kami meneruskan perjalanan ke Gerik. kali ini kami tidak lagi memerlukan peta kerana banyak kereta berplat D (Kelantan) menuju ke arah yang sama.
Sampai di Simpang 4. Kami membuat keputusan untuk masuk ke Pekan Gerik kerana tidak begitu yakin yang minyak separuh tank ini boleh membawa ke Jeli. Cantik jugak pekan Gerik ini rupanya. Untuk pengetahuan, sekarang ini terdapat satu stesen BP di tepi jalan menuju ke Jeli selepas simpg Pekan Gerik. so, pengguna laluan ini tidak lagi perlu ke Pekan Gerik untuk mengisi minyak ya.

DARI PANTAI BARAT KE PANTAI TIMUR

10.11.2009 Sebentar lagi aku, suami dan adam akan memulakan perjalanan ke negeri Kedah Darul Aman. Perjalanan ini bagi menjemput kakak yang telah selesai pengajian selama 5 tahunnya di SM Sultan Abdul Halim a.k.a Jenan. Bang Ngah dan Alin masih lagi di Temerloh.
Kami telah merancang untuk mengatur perjalanan dari Kedah ke Pantai Timur melalui Lebuhraya Gerik. Kami telah study route yg bakal digunakan atas nasihat kawan-kawan dan terutamanya Pak Google yang banyak membantun ku. So, dari segi fizikal dan mentalnya kami telah bersedia namun apa yang bakal berlaku di sepanjang perjalanan hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.
Kami berdoa agar Allah akan melindungi kami disepanjang Perjalanan ini dari segala mara bahaya dan mala petaka. kami juga bercadang untuk menginap di Tasik Banding sebelum meneruskan perjalanan ke rumah sahabat di Pasir Putih Kelantan.
segala pengalaman di sepanjang perjalanan ini akan kami kongsi di sini bagi memudahkan orang lain untuk mengikut jejak kami, Insyaallah......... Kedah, Here we come!!!!!

Buku Terbaru dibaca.



Kami adalah peminat buku-buku tulisan penulis Ramlee Awang Murshid. Buku terbaru beliau telah di lancarkan pada 24hb Nov yang lalu. Namun begitu kesempatan hanya ada pada malam sabtu yang lepas untuk mendapatkannya di MPH alamada. disamping itu kami menemui buku karangan John Grisham yang diterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia. Dia adalah salah seorang penulis yang kami minati dimana setiap keluaran buku terbaru dinantikan. Sehingga kini kami amat menantikan hasil karya Abu Talib Hassan yang telah lama tidak menghasilkan karya terbaru.

nuffnang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails