nuffnang

Program Tahfiz

29.11.2009 Ahad. hari ini kami menghantar abang ngah untuk mengikuti progran Tahfiz selama 2 minggu di sekolah agama tahfiz al hassan di Berhala Gantang , Temerloh. Abang Ngah merasa sangat teruja untuk mengikuti program ini kerana sepupunya akmal akan turut sama. Pada dasarnya penyertaan ini telah ditutup kerana sambutan yang begitu menggalakkan. Namun kami telah merayu agar abang ngah dapat mengikutinya.
Alhamdulillah, abang ngah setuju untuk pergi. Kami amat berharap agar abang ngah dapat menghafaz semua surah yang telah ditetapkan bagi sessi ini. Kami memang menaruh harapan agar abang ngah akan terus menyintai islam dan sentiasa menjaga imannya. Inilah anak lelaki harapan kami untuk menerangi kubur-kubur kami kelak di samping, kakak, adlin dan adam.
Sebagai anak lelaki yang pertama sewajarnya abang ngah mempunyai tgg jwb yg lebih berat untuk mentadbir keluarga seandainya kami tiada. Itulah sebabnya kami sebagai ibubapa sentiasa mengingatkan abang ngah agar belajar bertanggjwb, berdisiplin dan belajar bersungguh-sungguh agar boleh menjadi ketua keluarga nanti.
Petang ini kami akan kembali ke Bangi. Malangnya adlin merayu-rayu untuk tinggal di rumah mak tehnya agar dia dapat terus bersama sepupunya, Ira. kami membenarkan alin untuk tinggal di sana kerana dia ingin mengikuti Ira untuk program mengaji secara intensif di Masjid berdekatan. Hanya adam yang mengikuti kami balikke Bangi.

Ibadah Korban





28.11.2009 Sabtu. hari ini kami akan melaksanakan ibadah korban seekor kerbau yang akan dikongsi atau dibahagi kepada 7 bahagian. Tahun ini giliran aku, suami, kakak dan adlin berkorban. tahun lepas ibadah ini dilaksanakan untuk anak-anak lelaki. dan 3 bahagian lagi diambil oleh adik ipar ku ustazah siti mahani dan ustaz shukri dan sahabat/jirannya encik yusman.
Kerbau ini di sembelih di Felda Jengka dan dilapah, ditimbang dan diagihkan di rumah adik ipar di paya pulai temerloh. Meriah dan cekap jiran-jiran yang datang membantu membungkus daging ini untuk diagihkan.
Seperti biasa aku dan adik ipar bertindak sebagai tukang masak menyediakan hidangan makan tengahari. Menu untuk hari ini ialah Nasi putih, Kari daging, ikan masin, sambal tempoyak, ulam petai dan timun, daging masak kicap dan air sirap. Fuhhh sedap tidak terhingga sebab daging yang masih baru dan manis. Alhamdulillah ramai tetamu yang hadir sehingga kami kecut perut khuatir makanan tidak mencukupi.
Seronok rasanya dapat melaksanakan ibadah ini. Allah telah kurniakan kami rezeki yang melimpah ruah, insyaallah kami akan melaksanakan lagi ibadah ini di tahun-tahun yang akan datang agar kami boleh berkongsi rezeki ini dengan orang lain.

Hari Raya Aidil Adha

27.11.2009 Aidil adha kembali lagi. Tahun ini kami menyambutnya di rumah mak di Negeri Sembilan. Selepas menunaikan solat sunat di masjid Kg. Mentaus, kami bergerak ke tanah perkuburan untuk menziarahi kubur arwah abah. Terasa sayu di hati, ini kali kedua kami menyambut raya tanpa abah. hari ini juga genaplah 3 bulan 2 hari abah kembali ke rahmatullah. Impianku untuk menghadiahkan abah sebuah al quran bagi bekalannya di sana masih belum terlaksana. Hingga ke hari ini aku hanya mampu menghabiskan 14 juzuk sahaja. Insyaallah aku akan tetap akan menamatkannya untuk abah.
Mak masih berkabung dan tidak mahu keluar dari kawasan rumah sehingga tamat edahnya selama 4 bulan 10 hari, Jadi keinginanku untuk membawanya tinggal di bangi sepanjang cuti sekolah ini pasti tak tercapai.
Memandangkan aidil adha ini jatuh pada hari jumaat maka dikebanyakkan masjid tidak menjalankan ibadah korban nya hari ini. Insyaallah kami akan melaksanakan ibadah ini esok di Temerloh. Kakak tidak kembali menyambut hari raya bersama kali. Kakak terpaksa berkorban demi spm yang masih belum usai.walau pun sayu rasa hati tapi kami tahu bahawa kakak boleh survive di sana.

Al-Sakinah Riverlodge - Janda Baik




Al-Sakinah Riverlodge - Janda Baik

21.11.2009 saturday. Kami bertolak ke Janda Baik, Bentong untuk menghadiri perkahwinan saudara di Janda Baik Bentong, is a very nice place and the weather is quite cold especially during this rainy season. 10 years ago it was even colder than now.
Pada awalnya kami hanya ingin menumpang tidur di rumah saudara yang ada di sana. Memandangkan telah ramai ahli keluarga yang lain menumpang di sana kami telah mengambil keputusan untuk tinggal di one of the lodge by the river side di sana. This place just completed this year. Al-Sakinah Riverlodge owned by En. Arifin dan Pn. Rusmah. They're very friendly couple. We felt very comfortable during our stay there.
Tempat ini didirikan dengan baik sekali di tepi jeram yang sejuk airnya. The room rate is reasonable RM140 / RM160 (weekends) which have 6 beds and individual toilet and bath. No aircond ( we don't need it here) and no TV. It is really a good place utk berehat dan menenangkan jiwa dari kesibukan kota di samping boleh bermandi-manda. A small group seminar juga blh diadakan di sini. You wont regret it if you stay here. The food is very delicious and tasty. You can view some of the picture. They can be reach at 0126829423/ 0122992440 or sakinahriverlodge.blogspot.com

YAHOOO!!! cuti sekolah

20.11-2009, Yes, hari ini hari terakhir persekolahan. Anak-anak tersenyum gembira, mak pak lagi suka...terutama aku. Lega. Tugasan selama setahun mendidik anak-anak murid telah terlaksana.Terasa lelah melepaskan tugas. tapi pada hakikatnya tugasan cikgu belum berakhir sepenuhnya. Banyak lagi kerja- kerja sekolah yang perlu dibereskan.
Hari ini ibu bapa dijemput ke sekolah menandatangani report card anak-anak. Pelbagai kerenah dapat dilihat. Ada yang suka, gembira, marah, kecewa, berlagak dan demanding. Namun itulah hakikat manusia.
Tahun hadapan semua anak-anak ku akan bersekolah penuh termasuk maknya. Tak dapat nak dibayangkan untuk mengatur mengambil dan menghantar anak-anak utk ke sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Nasib baik kedua-duanya akan diletakkan di sessi yang sama.
Tiada jadual cuti-cuti Malaysia di atur pada cuti kali ini kerana Kakak masih belum selesai peperiksaan SPMnya. Habis-habis pun kami cuma akan ke kedah menjemput kakak pulang setelah bermastautin di Kedah selama 5 tahun.

Demam bermula.

18.11.2009 SPM bermula hari ini. Aku sampai di Jenan seawal pukul 7.30 pagi. Kebanyakkan murid dah berkumpul di dewan dewan, dgn muka yang pucat dan resah. Tidak kelihatan muka anak perempuan ku dimana-mana. Kejutan yang nak aku buat untuk hadir di hari peperiksaannya telah diketahuinya lebih awal...walau pun dia tidak pasti akan kehadiranku tetapi dia tetap berharap yang aku akan sampai.
Semua kawan-kawan anak ku datang memeluk aku, mohon restu dan kekuatan untuk menghadapi SPM ini. Ramai yang menitis air mata apabila aku maklumkan kedatangan aku ke sini untuk mengiringi mereka masuk ke dewan dan mewakili ibu-ibu mereka yang tak dapat hadir hari ini. Sekurang-kurangnya aku tahu bahawa kedatangan ku memberikan lonjakan semangat kepada mereka, kerana hanya aku yang hadir selain dari guru-guru mereka.
Aku menunggu mereka di luar dewan sehinggalah mereka tamat menjawab ketiga-tiga kertas dalam pukul 4.30 petang. Kepada anak ku inilah pengorbanan mama dan semua ahli keluarga yang mahukan kakak berjaya.

Happy Anniversary Abang.

17.11.2009 : Pada tarikh yang sama dalam tahun 1991, kami telah mengadakan majlis perkahwinan yang meriah. Majlis ini berlangsung setelah lebih kurang 5 bulan kami telah diijab kabulkan. Tarikh ini amat bermakna dan akan diingati sepanjang hayat. Bermula dari tarikh inilah kami melayari bahtera perkahwinan ini dengan penuh kasih sayang, tolak ansur dan persefahaman. Kepada suami ku tersayang, terima kasih atas limpahan kasih sayang yang diberikan, terima kasih atas kemurahan hati dalam semua segi, terima kasih kerana telah menerima baik dan buruk diri ku dengan relanya, terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan dalam apa jua tindakan ku selagi tidak menyalahi undang-undang dan melampaui batas, Terima kasih kerana bersama-sama membesarkan anak-anak dan TERIMA KASIH ATAS SEGALA-GALANYA YANG TIDAK TERUCAPKAN DI SINI. Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 18. Maaf, kita tak sempat nak celebrate apa-apa tahun ini demi kakak yang akan menghadapi SPM.

SPM bermula!!

Dear kakak,

Esok peperiksaan SPM akan bermula, Abah, mama, adik-adik dan semua ahli keluarga mengiringi kakak kedewan peperiksaan dengan doa semuga kakak memperolehi ketenangan dah rahmat ilahi dalam usaha kakak. Semuga kakak dapat meneruskan kecemerlangan dan merintis jalan dan laluan tauladan untuk adik-adik yang lain. Mulakan dengan bismillah dan akhiri dengan alhamdulillah agar usaha kakak di berkati.

Untuk makluman, mama akan menemani kakak untuk breakfast dan ke dewan pagi esok!!

Murid-murid 6 Tahun












Bersalaman dengan para guru.


para guru bersalaman dan saling memberi ucapan.
Posted by Picasa

Hari Graduasi


Hari ini 14 November 2009 merupakan hari graduasi bagi akak-anak di tadika Pasti Al Faizin Bdr Seri Putra. Di hari tersebut para pelajar telah mempersembahkan pelbagai persembahan sesuai dengan kreativiti guru dan bakat anak-anak. Antaranya lakunan sketsa, nasyid , perbualan bahasa arab dan juga berpantun. Perpisahan itu menyedihkan tapi tidak begitu difahami oleh anak-anak ini cuma guru-guru yang telah sekian lama bersama mereka akan merasa kesedihan itu. Walaubagaimana pun, segala didikan yang telah diberikan akan menjadi panduan anak-anak ini semasa di sekolah kebangsaan nanti. Terima kasih dan semuga allah jualah yang dapat melimpahkan rahmatnya kepada para guru-guru yang amat berdidikasi, Bayak ruang yang boleh diperbaiki untuk murid yang akan datang.
Posted by Picasa

nuffnang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails